Waktu sekolah dulu kehadiran lori Milo ni memanglah ditunggu-tunggu. Selain dapat minum free, air Milo yang dibancuh ini juga sedap sangat rasa.

Beza sungguh dengan Milo yang kita bancuh sendiri. Macam mana ya mereka buat Milo nih? Sebelum ada yang share caranya cuma sukatan yang dikongsi dalam jumlah satu tong. Kita bukan nak minum sampai banyak tu kan.

Tapi Zainun Mamat ada resipi bancuhan Milo ini dalam sukatan jag sesuai untuk satu famili. Resipi ini katnya diperoleh dari pekerja yang sedang membancuh air Milo. Ada beberapa tip yang diturunkan.

TIP PENTING!

Suatu hari pergi satu event. Ada percuma air Milo atas lori. Saya tengok pekerja Milo tengah bancuh air. Saya tanya kenapa air Milo free ni sedap sangat. Tak sama yang kita buat. Ini tip yang diberi

IKLAN
  • Katanya masa bancuh air perlu panas.
  • Campuran susu pekat manis sama dengan susu cair.
  • Milo pula jangan kedekut dan jangan campur gula.
  • Dia bagi resepi untuk 1 tong besar. Tapi saya kecilkan.

Cara Bancuh Air Milo Yang Sedap Macam Minum Dari Lori Milo

Bahan-bahan

  • 10 sudu besar serbuk Milo
  • 1/2 liter air panas.
  • 1/2 liter air sejuk.
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 tin susu manis

Cara membuat

Cara Bancuh Air Milo Yang Sedap Macam Minum Dari Lori Milo

IKLAN

1. Kacau rata semuanya dengan air panas.
2. Campurkan air sejuk.
3. Masukkan air batu…fuhh..kaw kaw.

IKLAN

Sumber Zainun Mamat

Nak beli MILO murah kat Shopee klik SINI

 

Selain itu:  Cara Buat Sambal Bilis Yang Masya-Allah Sedapnya! Rahsianya Kena Tumis Gula Sampai...
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI