Bantal bila bersarung memang nampak elok tapi cuba buka sarung, macam ‘peta’ penuh dengan kesan kotor. Kalau dah bertahun-tahun guna lagilah, akan ada tompokan kuning kesan dari rambut yang basah, air liur dan sebagainya. Malah ada yang berbau.
Macam mana nak bersihkan bantal begini? Nah! Boleh cuba cuci bantal ini ikut cara yang dikongsi oleh Nismira melalui akaun TikTok miliknya. Menggunakan 3 bahan hasilnya bantal penuh peta memang bertukar bersih.
Cara bersihkan bantal kotor, kuning & berbau
1. Sediakan baking soda, borax, sabun pencuci dan air.
2. Masukkan bantal dalam bekas/ besen muat untuk rendam bantal.
3. Isi air dan masukkan baking soda, borax serta sabun pencuci.
4. Kocak-kocakkan supaya bahan pencuci rata.
Ads
5. Biarkan dalam bekas dan balik- balikkan. Hasilnya boleh dilihat dalam beberapa minit saja. Kotoran akan tanggal dan air pun bertukar warna.
Kata Nismira setiap 3 bahan yang digunakan itu ada fungsinya, baking soda untuk naikkan warna putih, manakala borax untuk hilangkan bau busuk sementara pencuci untuk bersihkan kotoran.
Ramai yang rindu nak makan roti canai kat kedai mamak kan. So apa kata petang ni kita buat jer lah sendiri di rumah. Boleh jadi aktiviti isi masa dengan anak-anak juga. Buat pulak waktu petang memang meriah.
Kalau teringin boleh ikut langkah yang dikongsi Normarliana Abu Bakar ini ya. Katanya makan roti canai ni panas-panas dengan anak-anak memang terbaik.
Bahan-bahan
Tepung gandum 4 cawan
Telur sebiji
Gula sesudu makan
Air secawan
Garam setengah sudu kecil
Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng
Step by step
1. Mula-mula campurkan tepung, gula dan garam
Kemudian masukkan telur dan air. Uli hingga doh tak melekat (saya uli lebih kurang 20 minit). Kalau uli tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin guna air sejuk.
2. Bahagikan doh kepada bahagian kecil
Saya bahagi kepada 12 biji bola semuanya, ikut suka korang kalau anak 10 buat kecil kalau anak 2 buatlah besar biar cepat siap.
3. Susun dalam bekas yang diisi minyak masak.
Pastikan tepung terendam dalam minyak dan peram lebih kurang 2 jam.
Soalan : guna majerin boleh?
Jawapan : ikut suka hati. Tapi saya tak pernah buat.
4. Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar.
Dulang besar yang ditenggek atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.
5. Ambil satu bola tepung tu dan penyekkan macam dalam gambar.
Biarkan dalam 3 atau 4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3 atau 4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.
6. Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar.
Kemudian tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.
7. Tebar sampai penuh sedulang.
Kalau betul cara tebar dia molek je tak berlubang koyak macam roti kirai.
8. Lipat sisi pertama, lipatan kedua.
9. Lipatan ketiga dan keempat. Cantik menarik tertarik.
10. Roti canai digoreng dengan gembira. Panas siap berkepul.
Kau mahu roti kosong ke sardin ke telur tampal telur bawang? Up to u.
Seronok orang perempuan kalau dapat almari besar macam ni. Macam-macam boleh letak.
Tapi kalau nak upah orang buatkan memang perlukan modal yang banyak. Namun jika ada sedikit kemahiran bertukang boleh buat seperti apa yang dilakukan oleh Izuan Che Ibrahim ini untuk isterinya. DIY saja.
Almari atau walking closet sebesar ini menurut modalnya lebih kurang RM800. Senyum lebar isteri kalau dapat almari macam ni.
Ruang asal
Pasang round bar bracket & railing untuk letak shelf. Boleh beli di Shopee, klik SINI untuk link.
Pasang plywood untuk rak.
Buat rangka guna kayu saiz 1×2.
Tampal MDF board, beli di Shopee. Untuk link klik SINI
Tampal papan shiplap.
DIY pintu almari
DIY pintu ala barn door. Guna kayu pine 1×2 dan playwood nipis 4mm. Tampal MDF board.
Pasang railing untuk barn door dan cat ikut cita rasa. Klik SINI untuk beli railing barn door.
Lesung batu yang baru dibeli biasanya kita akan basuh dan terus guna. Tapi ramai tak perasan bahawa sebenarnya pada lesung batu baru ini masih melekat kotoran daripada proses pembuatannya.
Bagi untuk memastikan ia bersih, tak cukup sekadar membasuh dengan sabun atau membilasnya. Ada cara yang perlu kita lakukan agar alat penumbuk tradisional ini bebas daripada kotoran, serbuk atau serpihan batu.
Salah satu cara yang mudah adalah menggunakan beras. Boleh lakukan langkah berikut sebelum menggunakannya kali pertama
Langkah cuci lesung batu baru
1. Rendam lesung batu dengan air paip semalaman.
2. Keesokan harinya keluarkannya dari air rendaman. Ambil satu sudu beras dan tumbuk menggunakan lesung yang masih basah.
3. Tumbuk, lenyek, gesek beras menggunakan alu hingga kena semua bahagian dalam lesung. Tumbuk hingga beras hancur.
4. Selepas beras lumat kita akan dapati beras bertukar warna menjadi seakan warna lesung menandakan kotoran, serbuk batu yang ada pada permukaan dalam lesung sudah keluar.
5. Kemudian boleh bersih, bilas lesung batu dan ia sudah sedia untuk digunakan.
Petua
Pilih lesung yang bentuknya dalam
Alunya besar atau berat
Diperbuat daripada batu bukan marble
Selepas guna terus cuci supaya kotoran tak melekat, tak perlu guna sabun pun kerana air sabun boleh diserap dalam batu lesung.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...