Gulai terung, pajeri, sambal, bakar semua dah buat. Ini satu lagi masakan berasaskan terung yang boleh kita cuba. Terung goreng crispy, resipi ini lain sikit tapi yang pasti sedap dan rangup.
Yang tak minat makan terung pun akan jadi suka, tak mustahil anak-anak pun akan suka makan terung lepas cuba terung goreng crispy ni. Cara membuatnya dikongsi oleh Zaharah Mazrul.
Cara buat terung goreng crispy
Ada peminat terung di sini? Kalau ada kita geng. Jom kita pelbagaikan menu terung, goreng macam ni memang sedap.
Bahan-bahan
Terung
Garam
Tepung Bestari (pedas)
Minyak untuk menggoreng
Ads
Cara membuat
1. Basuh bersih terung kemudian potong terung macam dalam gambar, potong memanjang tapi jangan putus.
2. Kemudian tabur/sapu garam halus sikit pada setiap terung. Perap dalam 10 minit.
Ads
3. Selepas perap air akan keluar dari terung, lap dengan tisu supata kering sedikit.
4. Seterusnya celup terung dalam tepung Bestari dan goreng dalam minyak yang dipanaskan terlebih dahulu.
Ads
5. Angkat dan tos bila terung sudah garing. Boleh dijadikan lauk, nak makan begitu saja pun sedap.
Nak masak selalunya sekejap saja, yang jadi lama adalah nak siapkan bahan-bahan untuk memasak. Kalau bawang belum kupas, cili belum mesin, ikan dan ayam belum siang dah tentu ambil masa lama.
Untuk jimat masa terutama bulan puasa kena siapkan semua ini dulu. Lagi satu cara yang boleh cepatkan kerja memasak dikongsi oleh Wan Muhammad Hadiz Satar. Jadi rutinnya setiap minggu menyiapkan bahan mentah atau lauk ikut portion dan menu. Dalam satu pack siap dengan perencahnya sekali.
Katanya cara ini bukan saja cepat tapi memudahkan kerja di dapur. Bila nak masak terus masukkan semua bahan yang dah siap dalam periuk.
Assalamualaikum, baru siap pack bahan mentah untuk stok seminggu sebelum difrozenkan. Lauk-lauk dah bersih siap-siap sekaligus semua sebelum masuk peti. Untuk bagi senang nak masak dan jimat masa, style Baba pack bahan ikut portion dan jenis menu yang nak dimasak. Boleh rujuk gambar di bawah.
Contohnya set tomyam dalam satu bekas lauk-lauk untuk masak tomyam dah disatukan siap. Bila nak masak defrost dan boleh lebur dalam periuk. Cepat dan mudah, pes pun ada sekali.
Sama juga kalau nak buat singgang ikan, satu bekas dah ada semua, senang kan. Nak masak pun jimat masa dan yang penting balik pasar beli barang, sekali buat semua kemudian tak perlu dah nak bersusah-sah siang ikan cuci ayam tiap kali nak masak.
Menu bawal 3 rasa, ikan dan sayur dan ready
Menu sup, perencah sup dan kentang dah siap sekali.
Ini bahan untuk mee kari, boleh guna untuk masakan lain juga.
Boleh guna idea ini di rumah kita juga untuk mudahkan kerja memasak.
Ramai wanita suka beli dan kumpul barang emas tapi bagaimana pula ilmu tentang emas. Bagi yang suka mengumpul rantai, gelang atau cincin emas ilmu kena ada supaya tidak ditipu.
Antaranya tentang barang kemas yang disalur chrome putih. Ketika ini banyak rekaan aksesori emas menggunakan bahan ini.
Tapi ada yang menyatakan barang kemas dengan chrome putih ini tidak laku tiada nilai bagai sehingga peniaga tawarkan harga yang murah untuk membeli barang kemas berkenaan kononnya tiada kedai yang lain akan menerima barang kemas seperti itu.
Betul ke macam ni? Ha… Sebab itulah pentingnya ada ilmu sebelum beli atau tukar barang kemas.
Sebelum percaya baca dulu penjelasan dari penjual emas sendiri iaitu Syafikah Shafiee. Selain beri penjelasan tentang barang kemas disadur chrome dia turut beri ilmu lain yang berguna terutama untuk wanita pengumpul emas.
Tahu harga emas saja pun tak cukup, perkara ini juga kita kena tahu.
Pergi ke kedai emas, tunjuk gelang ada chrome putih. “Ini talak laku. Ambik murah-murah saja. Kalau jual tempat lain, orang tak ambik.”
Sebenarnya itu adalah strategi mereka untuk mendapat untung lebih. Sepatutnya emas yang ada calit putih itu sama saja harganya. Melainkan kalau ada batu, permata, barulah ianya diasingkan dan hanya emas sahaja yang ditimbang.
Yang calit-calit putih itu sebenarnya chrome, bukan emas putih. Chrome = saduran cat ke atas emas. Tukang emas letak chrome pada barang kemas agar ia nampak cantik dan terkini. Bila sampai masanya, cat chrome itu akan hilang dan kembali kepada warga emas yang asal.
Ramai orang salah faham kalau barang kemas yang ada chrome itu tidak bernilai bila dijual semula. Ramai yang beranggapan barang kemas yang ada chrome itu lebih mahal dari barang kemas yang tiada chrome. Sepatutnya harganya sama sahaja.
Emas putih pula adalah emas yang mengalami proses pelunturan atau ‘bleaching’. Emas putih dicampurkan dengan logam nikel bagi menampakkan ia seperti platinum. Emas putih lebih murah berbanding platinum kerana platinum memerlukan suhu yang tinggi untuk meleburkannya.
Kualiti emas putih adalah 17K dan harganya lebih rendah berbanding emas biasa. Emas putih tidak sesuai untuk dibuat sebagai pelaburan kerana kadar spread boleh capai 70% bila dijual semula. Emas putih hanya sesuai sebagai perhiasan dan barang kenang-kenangan.
Isu emas kemik dan calar tidak diterima pun sama juga. Kononnya tidak laku dan mereka ambil murah. Padahal kelak barang kemas itu akan dipatahkan dan dileburkan juga.
Sebab itu, ilmu mengenai emas itu penting. Bila kita ada ilmu, kita tidak akan mudah atau senang ditipu dan dimanipulasikan oleh pihak lain. Sebarkan informasi ini dan wujudkan masyarakat celik emas di dalam kalangan kita.
Ramai kalangan kita yang memilih menggunakan kereta auto untuk memudahkan pemanduan apatah lagi dengan keadaan jalan yang selalu sesak ketika ini. Takdelah penat kaki tekan brek dan clutch.
Tapi sebagai pengguna kereta auto ada beberapa tip asas yang kita kena biasakan semasa memandu bagi memastikan fungsi gear kereta digunakan dengan betul selain menyelamatkan gearbox dari cepat rosak.
Dikongsi oleh PakWee usahawan aksesori kereta, menurut beliau sia-sia saja jika pakai kereta auto jika tidak mengetahui dan mempraktikkan empat perkara asas ini.
1. Jika berhenti di traffic light
Kebiasaan kita bila berhenti di traffic light kita akan biarkan gear pada D dan tekan brek, cara ini akan beri bebanan pada gear box dan cepat merosakkannya.
Cara betul adalah – tekan brek – tolak ke N – tarik hand break.Bila lampu hijau lepaskan hand break tolak ke D dan jalan.
2. Bila turun bukit
Bila bawa kereta menuruni bukit yang curam sebaiknya guna gear manual, dan pastikan gear 1 dan 2 supaya tak banyak menggunakan brek kaki. Jika terlalu banyak menggunakan brek boleh jadi sampai kaki bukit brek pad terbakar.
3. Bila parking tempat curam
Walau parking di tempat curam kita akan tetap menggunakan cara biasa. Letak ke P dan tarik handbreak. Cara ini sebenarnya boleh menyebabkan beban jatuh kepada gearbox.
Cara yang betul adalah tolak gear ke – N – tarik hand break dan barulah tolak gear ke P. Cara ini beban akan jatuh ke hand break bukan gear box. Selamat gear box tahan lama.
4. Jangan guna 2 kaki
Jangan bawa kereta auto macam kereta manual menggunakan dua kaki untuk tekan minyak dan brek. Ini kerana kaki kiri takkan dapat tekan brek dengan sempurna seperti kaki kanan. Ia lebih selamat dan mencegah dari berlaku kemalangan.
Boleh juga tonton video di bawah untuk penjelasan PakDee.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...