Cara buat ayam goreng halia ini bukan macam yang biasa kita buat. Sebab itu rasanya lagi sedap dan wangi.
Sebenarnya untuk dapat hasil ayam masak halia sebegini ada satu trik yang kita kena buat. Jika selalu halia dimasukkan sekali, cuba pula goreng dahulu halia yang dihiris nipis ini.
Selain digoreng sekali, halia yang rangup ini juga ditabur ke atas di atas hidangan ini selepas siap dimasak. Penggunaan minyak bijan di akhir proses masakan juga menambahkan keenakan lauk ini.
½ ekor (500-600g) ayam / 4-5 ketul bahagian ayam
½ sudu besar serbuk lada putih
3-4 ulas bawang putih (dicincang)
½ sudu besar kicap masin
½-¾ cawan halia (dihiris nipis)
2 inci halia tambahan (dihiris)
½ biji bawang kuning (dihiris)
5 tangkai cili kering
1 sudu besar sos tiram
½ sudu besar cuka
½-1 cawan air
1 sudu teh minyak bijan
Daun bawang (dipotong 1 inci)
1. Gaulkan ayam dengan serbuk lada putih dan kicap masin. Perap seketika.
2. Panaskan minyak, goreng halia yang dihiris nipis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Gunakan minyak yang sama, goreng ayam hingga ¾ masak. Angkat.
4. Buang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga keperangan.
5. Masukkan hirisan halia, bawang kuning dan cili kering. Tumis hingga naik bau.
6. Masukkan ayam, sos tiram, serbuk lada putih, cuka dan air. Gaul rata dan biar ayam masak sepenuhnya.
7. Titiskan minyak bijan, masukkan daun bawang dan tabur halia goreng di atas sebelum dihidang.
Tip Ekstra
-Kalau suka pedas, boleh tambah cili padi semasa menumis. Nak lagi sedap, makan bersama sambal belacan atau acar.
-Lauk ini juga boleh disimpan untuk bekal ke tempat kerja – rasanya kekal sedap walaupun dipanaskan semula.
Sumber: Noor Ashikin Saerah
Baca Lagi: Cara Buat Sup Ayam Lada Hitam Untuk Segarkan Badan Yang Rasa ‘Lemau’