Cara Buat Ayam Goreng Kunyit Berlada Yang ‘Sumpah’ Sedap! Satu Lauk Ini Saja Dah Cukup

Share

Kalau perut tengah lapar, nak cepat masak inilah lauk yang paling sesuai. Buat ayam kunyit berlada, kalau masak lauk ini tak perlu dah lauk lain.

Ini saja dah cukup menyerakan bila makan dengan nasi panas. Kalau nak versi paling sedap boleh ikut perkongsian Suzilawati Alias.

1. Ayam dipotong kecil. Perap sekejap dengan serbuk kunyit, serbuk cili, garam dan sedikit tepung beras.

2. Sediakan bawang merah, bawang putih, cili api, lada besar dan halia. Kisar atau guna chopper.
3. Goreng ayam dulu. Dah kekuningan, ketepikan.

4. Ini bahan yang dikisar dengan chopper, tak perlu halus sangat.

5. Tumis bahan dikisar menggunakan minyak goreng ayam tadi. Kemudian masukkan gula perang, sos cili, sos tiram, sos tomato, air asam jawa, daun limau purut dan serai. Gaul.

6. Masukkan ayam goreng.

7. Akhir sekali masukkan hirisan bawang holland, tomato ceri, hirisan lada benggala hijau. Gaul sekata.
8. Siap! Makan dengan nasi panas ‘sumpah’ sedap!

Selamat mencuba

Sumber: Suzilawati Alias

IKLAN