Cara Buat Baby Cakoi & Baby Donut Yang Gebu, Lembut Sampai Ke Malam

Share

Comel je baby donut dan baby cakoi ni. Gebu pulak tu. Bila buat kecil begini sebenarnya lagi senang nak makan terutama buat anak-anak. Sekali atau dua kali ‘ngap’ dah setel.

Menurut Missz Amira baby donut dan cakoi yang dihasilkan ini buat saja gebu tapi lembut dan kekal begitu sampai ke malam. Memang berbaloi buat katanya tambah lagi donut sampai tak sempat salut dengan gula dah licin dimakan anak-anak.

Bagi yang teringin nak buat, boleh ikut langkah yang beliau sertakan sekali.

Cara buat baby cakoi dan baby donut

Langkah 1
-Satukan;
3 cawan tepung gandum
2 sb marjerin/mentega/butter
1 sk garam

-Gaul semua bahan sampai jadi serbuk roti (macam dalam gambar)

Langkah 2

-Sediakan;
1 cawan air suam
2 sb susu pekat
1 sb gula
1 biji telur
1 sb yis

-Campur semua bahan dan kacau sebati dan terus masukan ke dalam tepung tadi.

Langkah 3

-Uli sampai sebati (seperti gambar). Doh memang lembik sedikit jangan risau. Bila dah kembang doh akan lebih gebu dan senang dibentuk.

-Biarkan doh naik atau kembang 2 kali ganda (masa lebih kurang 30/40 minit atau 1 jam). Bergantung kepada faktor cuaca/yis/doh

-Bila dah naik/kembang tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin.

Langkah 4

-Bagi mengelakkan elak melekat pada tangan gunakan tepung gandum untuk bentukkan baby cakoi dan donut.

-Untuk baby cakoi – gelek-gelekkan doh atas papan supaya jadi panjang dan potong ikut saiz yang kita mahu kemudian kepitkan antara dua.

-Untuk baby donut – bulatkan doh kemudian tekan leper dan tekap menggunakan penutup botol/nozel.

-Biarkan cakoi dan donut naik/kembang 2 kali ganda. Mmasa lebih kurang 30/40 minit atau 1 jam. Bergantung kepada faktor cuaca/yis/doh

-Panaskan minyak hingga betul-betul panas. Goreng gunakan api kecil sederhana.

Biarkan sejuk kemudian boleh gaulkan donut dengan gula aising.

Tengok tu hasilnya, lembut macam roti dan kekal begitu sampai malam.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Missz Amira

IKLAN