Comel je baby donut dan baby cakoi ni. Gebu pulak tu. Bila buat kecil begini sebenarnya lagi senang nak makan terutama buat anak-anak. Sekali atau dua kali ‘ngap’ dah setel.
Menurut Missz Amira baby donut dan cakoi yang dihasilkan ini buat saja gebu tapi lembut dan kekal begitu sampai ke malam. Memang berbaloi buat katanya tambah lagi donut sampai tak sempat salut dengan gula dah licin dimakan anak-anak.
Bagi yang teringin nak buat, boleh ikut langkah yang beliau sertakan sekali.
Bagi yang bercucuk tanam selalu akan mencari baja terbaik untuk memastikan tanaman subur. Ramai yang sanggup keluarkan belanja sedangkan ada saja bahan di rumah yang boleh digunakan.
Salah satu yang paling terbaik untuk tanaman adalah air basuhan beras. Rugi sungguh kalau dibuang begitu saja. Ada banyak sangat kandungan dalam air beras yang berguna untuk tanaman.
Ushawan tani Faiz Kebun AB Goncang berkongsi manfaat air beras untuk tanaman selain memberi panduan cara siraman menggunakan air beras ini. Ya, untuk menggunakan air basuhan beras ini juga ada caranya. Jika tersilap boleh menjejaskan tanah dan tanaman
Tip siram pokok dengan air basuhan beras
Kelebihan air basuhan beras kepada tanaman
✅ Berfungsi sebagai baja organik.
✅ Mengandungi kandungan nitrogen, fosforus, kalium (NPK) dan mineral lain yang bagus untuk tanaman, tetapi dalam jumlah yang sedikit.
✅Kaya dengan kandungan kanji/karbohidrat/glukosa/gula yang bagus untuk tumbesaran bakteria baik di dalam tanah & akan membantu proses penguraian kompos/nutrien oleh mikrob tanah supaya nutrien dapat dibekalkan kepada pokok dalam bentuk yang mudah diserap oleh tanaman.
✅Boleh menggantikan baja, sekiranya baja dah habis. Namun, pembajaan seperti biasa adalah perlu untuk tumbesaran pokok yang kuat dan sihat.
Pokok kunyit milik Malmisa Swak Lis Lis ini salah satu contoh terbaik hasil siraman air basuhan beras
Cara penggunaan
Basuh beras dan ambil air basuhannya (air basuhan pertama dan kedua).
2. Jika menggunakan air yang sedikit untuk membasuh beras & ia terlalu pekat, perlu ditambah dengan air biasa semasa disiram pada pokok kerana air basuhan beras yang pekat bersifat asidik/masam dan akan menjejaskan pH tanah.
3. Siram pada tanah atau boleh juga keseluruhan pokok sebanyak 1-2 kali seminggu.
4. Elaksiram pada waktu tengah hari kerana daun pokok akan ada kesan terbakar akibat kejutan perubahan suhu yang mendadak.
5. Air basuhan beras boleh juga disimpan selama 2 hari untuk mendapatkan lebih banyak kandungan kanji yang baik untuk mikrob tanah, namun pastikan ia dicampur dengan air biasa terlebih dahulu sebelum disiram pada pokok.
Selalu kita dengar kaedah hidroponik hanya untuk sayuran berdaun, kaedah ini juga boleh dipraktikkan untuk sayuran jenis buah.
Abdul Sapawi Abdullah antara yang mempraktikkannya. Ini perkongsian beliau bagi yang ingin mencuba.
DIY tanam bendi kaedah hidroponik guna botol air terpakai
Dengar kawan-kawan sembang di kedai kopi, sayuran di pasar dah makin mahal. Betul ke tidak saya tidak pasti. Yang pasti mereka katakan seikat kangkung dah RM2.00.
Yang pastinya juga sudah 2 tahun kebelakangan ni saya kurang membeli sayuran di pasar. Apa yang di tanam itulah yang di makan. Jimat kan?
Kali ni lagi saya buktikan cara mudah hidroponik untuk menanam bendi menggunakan sistem wick/sumbu.
Caranya hanya dengan menggunakan botol air mineral besar terbuang yang murah untuk menanam sayuran buah. Kaedah hidroponik bukan hanya sayuran daun sahaja ya.
Bagi sayuran buah benih perlu disemai terlebih dahulu di tempat semaian. Bila pokok tinggi sekaki, alihkan hanya pokok bersama akar sahaja di tong hidroponik. Letak di tempat redup dulu 2-3 hari dan seterusnya kenakan matahari.
Media dalam pot net boleh gunakan guna rockwool terpakai, boleh juga guna media tanaman lain tetapi kena try n error. Kain yang digunakan adalah kain flanel.
Dalam botol mineral yang dipotong bahagian atas adalah baja AB. Nisbah Baja AB yang saya gunakan jika tiada EC/TDS meter, 1 penutup botol 500ml = 300ppm+-. Jika nak naikkan ppm kena kalikan, baja AB lain kena pastikan ppmnya betul dulu.
Cat bahagian luar botol supaya tak berlumut bila kena cahaya matahari.
Tandas dan bilik air kita gunakan setiap hari. Kalau dibiar seminggu, dua minggu atau berbulan tidak dibersihkan, anda akan ‘azab’ nak mencucinya nanti. Mungkin perlu sejam untuk menyentalnya.
Supaya jimat masa dan tenaga kita boleh guna tip yang dikongsi oleh Fizan Rahman bagi membersihkan bilik air di rumah.
Tip mudah bersihkan bilik mandi dan tandas
Setiap tip yang diberikan sangat berguna untuk anda jimatkan masa membersihkan ruang yang sangat penting dalam rumah. Jom tengok.
Tip1: 5 minit setiap hari
Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah. Anda boleh melakukannya sebelum anda mandi. Apa yang perlu anda lakukan adalah letakkan sedikit cecair pencuci ke atas span atau berus dan gosok dinding, sinki serta lantai bilik mandi. Tuangkan sedikit pencuci ke dalam mangkuk tandas, gunakan berus untuk membersihkan.
Tip 2: Tuang peluntur dan biarkan selama sejam
Untuk membersihkan jubin tandas yang berlumut, anda hanya perlukan bahan peluntur. Tuang bahan peluntur yang telah dicampur dengan sedikit air ke atas lantai, berus dan biarkan selama sejam. Selepas itu bersihkan dengan air.
Tip 3: Seminggu sekali bersihkan dinding dan lantai
3) Luangkan masa seminggu sekali atau dua minggu sekali untuk menggosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas. Gosok juga dinding dan lantai tandas dan bilik air menggunakan berus
Mudah saja kan? Bila amalkan tip ini, barulah tandas dan bilik mandi sentiasa bersih. Kita pun tak perlu ambil masa lama nak basuh tandas dan bilik mandi. Senang je rupa-rupanya.