Cara Buat Bancuhan Tepung Pisang Goreng Yang Rangup & Banyak Serdak

Share

 

Kita selalu tertanya-tanya macam mana peniaga yang buat pisang goreng jadi ranggup dan banyak kerak atau serdak.

Sebab bila buat di rumah takkan jadi macam ni. Lepas ni boleh kita cara bancuhan yang dikongsi oleh peniaga pisang goreng sendiri.

Menurut Liana Mustapha yang berniaga pisang goreng setiap hari sebagai sumber rezeki, tiada rahsia lain yang dipraktikkan selain bancuhan tepung ini.

Resipi bancuhan tepung pisang goreng yang banyak serdak/kerak

Satu kampit tepung beras (apa-apa jenama)
Telur sebiji
Serbuk kunyit
Sedikit air kapur sikit
Garam

 

Foto: Facebook Achik Ita Jsd Kelantan
  • Gaul semua bahan dengan air, bancuhan mestikan tak pekat dan tak cair sangat.

  • Tip untuk dapatkan serdak yang banyak goreng dalam minyak yg banyak dan betul-betul panas, itu sahaja tiada bahan tersembunyi.

Hasilnya

Selamat mencuba!

Sumber: Liana Mustapha & Achik Ita Jsd Kelantan

 

IKLAN