Selalu makan kerabu mangga, apa kata kita ‘up’ sikit buat ayam mangga ataupun chicken mango. Rasa masam, manis dan pedas bersatu, memang kick.
Makin enak bila ada ayam yang rangup. Cara membuatnya dikongsi oleh Nora Syikin Azmi.
Cara buat chicken mango
Bahan untuk ayam
Isi ayam bahagian paha/dada
Tepung goreng/ tepung serbaguna
Bawang putih (dihancurkan)
Serbuk lada hitam
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
Ads
1. Perap isi ayam dengan lada hitam dan bawang putih selama 20 minit.
2. Selepas 20 minit pecahkan telur dalam mangkuk perapan isi ayam dan gaul.
3. Masukkan tepung serba guna dalam bekas berasingan dan gaul hingga menyelaputi semua bahagian.
4. Panaskan minyak dan goreng secara deep fry hingga kekuningan.
Bahan untuk kerabu
Mangga muda, lobak merah, daun ketumbar, bawang besar- hiris memanjang kesemuanya.
Sos plum
Sos tomato
Sos thai
Gula
Cili api potong
Jus limau nipis
Ads
Cara membuat
Ads
Campurkan semua sos bersama gula dan jus limau kemudian didihkan atas api. Tambahkan air panas kalau terlalu pekat (sukatan agak-agak saja). Tutup api bila sudah mendidih.
2. Potong ayam yang siap digoreng tadi dan gaul bersama mangga, lobak, daun ketumbar dan bawang.
3. Kemudian tuang sos di atasnya, boleh gaul dan tabur cili padi. Siap!
Kejadian kenderaan terjunam ke dalam sungai, longkang sudah banyak kita dengar. Paling menyayat hati bila kejadian melibatkan banyak nyawa terkorban.
Dalam masa yang sama ia turut mencetuskan tanda-tanya, jika kejadian seperti ini berlaku pada kita apa yang perlu dilakukan. Info berikut mungkin boleh membantu ketika kecemasan sebegini.
Walaupun panik dan ketakutan, kita perlu cuba untuk fokus pada satu matlamat iaitu menyelamatkan diri. Ini kerana sebaik terjunam ke dalam air yang dalam kita masa yang ada cukup singkat untuk menyelamatkan diri. Justeru kita perlu bertindak pantas.
Perkara pertama yang perlu dilakukan sebaik kereta terjunam dalam air adalah buka tali pinggang keledar, jika tidak ia akan melambatkan tindakan kita untuk menyelamatkan diri.
Sebelum kereta tenggelam lebih dalam cuba buka tingkap kereta. Fungsi elektronik dalam kereta selalunya masih boleh berfungsi selama tiga minit sebaik tenggelam dalam air.
Jika tingkap tidak boleh dibuka atau kita tidak sempat berbuat demikian, maka satu-satu jalan keluar yang ada adalah dengan memecahkan cermin kereta dengan cepat.
Gunakan alat tajam yang ada di dalam kereta untuk memecahkannya. Jangan cuba pecahkan cermin hadapan kerana ia dicipta untuk menahan impak yang kuat. Jadi agak sukar untuk memecahkannya.
Pilihan yang ada adalah memecahkan cermin tingkap bahagian kiri atau kanan kereta.
Sekiranya tiada alat yang tajam di dalam kereta yang boleh digunakan untuk memecahkan pada cermin alternatif lain adalah dengan menggunakan tempat sandar kepala kereta anda!
Cabut tempat sandar kepala dari tempat duduk anda. Selepas berjaya mengeluarkannya, letakkan salah satu daripada dua rod besi itu di antara tingkap dan pintu dan masukkannya ke dalam.
Pastikan anda masukkan ke dalam salah satu bahagian bawah hujung tingkap, kerana itulah di mana ia paling mudah pecah.
Selepas tingkap berjaya dipecah, keluar segera dan berenang ke permukaan dengan pantas. Ketika ini kemahiran berenang sangatlah penting untuk memastikan anda selamat.
Saban hari bergerak sebelum ini tiba-tiba masa PKP atau lockdown ini kereta boleh jadi langsung tak digunakan.
Jadi macam mana ya penjagaan kereta yang mungkin lama tak bergerak. Perlu ke panaskan enjin setiap hari? Berikut adalah beberapa cadangan dari PROTON tentang bagaimana untuk menjaga kenderaan semasa PKP. Kereta lain pun sama juga penjagaannya!
Perlu diingatkan bahawa, walaupun teknologi kenderaan berkembang pesat, namun satu fakta kekal. Fakta itu adalah, kenderaan perlu dihidupkan secara berkala (tempoh disyorkan adalah setiap tujuh hari) untuk mengekalkan fungsinya.
Satu dari komponen asas adalah bateri. Bateri akan menghidupkan kenderaan dan menyediakan kuasa elektrik ke bahagian lain. Jadi, jika enjin tidak dihidupkan secara kerap, alternator tidak dapat mengecas bateri.
Bagi mengelakkan masalah ini, hidupkan enjin selama 10 minit bagi membolehkan alternator melaksanakan tugasnya. Tetapi jangan menghidupkan pendingin hawa kerana cara ini akan menarik kuasa dari bateri dan mengurangkan proses pengecasan.
Tekanan angin tayar perlu diperiksa setiap dua minggu bagi memastikan angin cukup berdasarkan jumlah yang disyorkan. Jika ia tayar berada di bawah tekanan sepatutnya, pandu ke stesen minyak berdekatan untuk mengepam tayar anda.
Apabila anda memarkir kenderaan di tempat sama tanpa ada pergerakan selasa beberapa hari, ia boleh mengakibatkan bintik mendatar pada tayar seterusnya menyebabkan tayar kehilangan bentuk.
Apabila keadaan ini terjadi, ia akan menyebabkan getaran disalurkan kepada stering apabila memandu walaupun ketika melalui permukaan jalan rata. Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, gerakan kenderaan ke depan atau ke belakang, sewaktu sedang memanaskan kenderaan.
Ketika PKP, menjadi satu kemestian menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) pada tangan dan permukaan yang di sentuh terutamanya dalam kenderaan anda.
Selepas sampai ke destinasi, pastikan anda menggunakan langkah nyah-kuman untuk pada permukaan seperti stering, pemegang pintu, suis tingkap dan tombol gear.
Jika anda memiliki sistem audio dengan skrin sesentuh, sapukan cecair pembasmi kuman pada kain dan sapu secara perlahan-lahan pada permukaannya. Hati-hati, cecair tidak perlu terlalu banyak kerana kelembapan keterlaluan akan merosak permukaan peralatan kenderaan.
Jika memarkir kenderaan di bawah sinar matahari, amalan yang baik adalah dengan mengangkat pengilap cermin.
Jika pengilap cermin dibiarkan berada pada cermin depan, pemindahan haba dari kaca secara berpanjangan akan menyebabkan getah pada bilah pengelap mengeras dan kurang berkesan apabila digunakan.
Dengan langkah yang mudah diikuti selepas tempoh PKPB tamat, kenderaan anda akan bersedia untuk digunakan kembali seperti sedia kala.
Makan nasi dari beras basmathi memang baik untuk kesihatan tapi harganya agak mahal. Disebabkan itu jugalah kalau nak masak beras jenis ini kena ikut cara yang betul supaya masak sekata dan beras yang panjang tak patah.
Tip masak beras basmathi supaya nasi lembut, berderai dan masak sekata
1. Basuh beras bersih n rendam 20 minit dalam air yg diletakkan dgn garam sedikit. Petua ni saya ikut dari guru lama saya untuk bagi nasi kita berderai dan lembut
2. Sukatan air nisbah 1 cawan beras bersamaan 1 cawan 1/2 air (1/2 tu susu atau santan) bergantung nasi apa yg kita nak masak.
3. Untuk memasak didihkan dulu air baru masukkan beras.
4. Kacau beras semasa air masih bayak, jika dah kering kacau sekali saja untuk mengelakkan beras patah…
5. Untuk mewarnakan nasi tunggu air kering baru titiskan pewarna dn biarkan sekejap barulah kacau. Untuk nasi yang dimasak untuk tempahan akhir sekali saya akan letak dua sudu mentega.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...