Tanampokok terung dalam pasu pun boleh meriah buahnya. Syaratnya kena tanam dan praktikkan cara penjagaan yang betul. Jika buat keduanya ini pasti pokok terung dalam pasu ini hasilnya tidak mengecewakan. Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Mohd Amri ini.
Panduan tanam terung dalam pasu
Siapa tak suka kalau pokok terung menjadi seperti ini kan? Saya suka untuk berkongsi dengan tuan/puan berkaitan dengan penanaman terung di dalam pasu.
Saya tanam terung ini sekitar empat hingga lima pasu sahaja. Kenapa pasu? Kerana saya tinggal di rumah taman. Tak cukup tanah. Jadi saya kongsikan serba sedikit pengalaman dan caranya.
1. Penyediaan bekas dan medium
Saya hanya menggunakan pasu yang dibeli di kedai Eco. Manakala medium yang saya gunakan ialah tanah campuran yang terdiri daripada tanah hitam sawit, tanah merah bakar, sekam mentah dan bakar dengan nisbah 2:1:1.
Sambil itu saya akan gaulkan dengan dua sudu makan baja organik seperti mana yang saya gunakan iaitu baja nlegrow. Gaulkan dan siramkan setiap hari sehingga tiba hari pemindahan anak pokok. Kaedah ini saya anggap sebagai baja lapik bertujuan untuk “menghidupkan tanah” melalui mikrob yang ada pada baja.
2. Penanaman pokok
Setelah anak pokok yang disemai sudah cukup tiga minggu, saya pindahkan ke dalam pasu. Gaulkan tanah dan terus pindahkan anak pokok. Pada peringkat ini saya belum beri sebarang baja kerana sudah ada baja lapik seperti mana point pertama.
Ads
3. Penjagaan
Setelah dua minggu selepas tanam atau dalam bahasa pertanian, (HST), saya berikan lagi baja sebanyak dua sudu makan. Dan begitulah setiap dua minggu sekali aktiviti pembajaan saya. Saya tidak gunakan baja kimia kerana, saya lebih suka menggunakan baja organik. Selamat.
Setiap tiga hari sekali, saya akan membuat semburan organik seperti mana yang telah diajar di dalam group ini. Selain itu, penggunaan cuka kayu juga dilakukan secara berselang-seli.
Booster yang paling kerap saya gunakan ialah, booster yang dibuat secara mudah iaitu menggunakan Yakult dan telur ayam. Cuma berbeza dengan orang lain, saya tambah sedikit molasess untuk menjadikan baunya lebih harum dan manis sedikit. Kurang bau hanyir.
Ads
4. Pemangkasan
Saya kerap melakukan pemangkasan “ringan” untuk membuang daun-daun yang lebar supaya cabang baru dan putik bunga cepat keluar. Sesetengah orang berpendapat, kalau dibiarkan sahaja daun lebar tu, jadinya mabuk daun.
5. Lalat buah
Ada juga kes terung yang terkena serangan lalat buah. Simptomnya ialah, buah terung berlubang dek serangan lalat buah. Jadi saya kawal melalui penggunaan perangkap lalat buah. Alhamdulillah, berkesan. Sebaik-baik elakkan penggunaan semburan kimia.
Ads
6. Siraman
Saya akan menyiram dua kali sehari iaitu setiap pgi dan petang. Kalau kebetulan hari hujan, memang tak siram lagi kecuali medium nampak kering. Yang penting, pastikan medium selalu lembab. Kalau tak, daun akan layu. Kalau ada modal yang lebih, boleh gunakan sistem siraman automatik.
7. Kebersihan
Pastikan daun yang dipangkas atau ada daun yang gugur ambil dan buang jauh-jauh. Kerana kalau dibiarkan akan menyebabkan pokok mudah terkena penyakit. Kalau sekitar pasu dah bersih, mata pun sedap memandang.
Itulah sahaja perkongsian ringkas dari saya tentang tanaman terung di tepi rumah. Selamat mencuba ya.
Selain berkhasiat hidangan berasas tauhu telur ini memang enak, lagi pula kalau masak sos tiram atau sup.
Tapi masalahnya setiap kali nak beli tauhu telur ini ramai yang ragu-ragu sebab tak pasti tentang status dan kebersihan sewaktu pembuatannya.
Buat yang ada perasaan begini, apa kata cuba buat sendiri tauhu telur ini. Sebabnya nak membuatnya pun mudah saja. Panduannya dikongsi oleh Zaimah Zakaria.
Tauhu telur homemade, guna 3 bahan saja
Bahan-bahan
5 biji telur gred A
225 ml air soya
1/2 sudu kecil garam
Plastik aiskrim
Cara membuat:
1. Pecahkan telur, masukkan garam, tuang air soya.
2. Kacau sebati.
3. Tapis supaya tiada bubble.
4. Masukkan ke dalam plastik aiskrim dan ikat kemas.
5. Panaskan air tapi jangan sampai mendidih. Masukkan tauhu telur tadi. Gunakan api perlahan saja. Masak sehingga 30 minit.
Harga emas baik aksesori, gold bar atau jongkong emas bukannya murah. Beribu-ribu! Disebabkan harganya yang mahal kena pastikan emas yang dibeli adalah tulen bukan palsu macam beberapa kes yang tular baru-baru ini.
Dalam hal ini ada baiknya kita kenali macam mana rupa emas palsu ini. Tip ini dikongsi oleh Azizul Azli Ahmad
7 tip kenali emas palsu!
1. Uji dengan magnet
Guna magnet untuk uji emas, jika ia melekat bermakna ianya palsu. Ia telah dicampur dengan logam lain untuk jadi berat.
2. Secara visual
Emas biasanya akan dicop dengan bacaan fineness (1-999 atau 0.1-0.999) dalam bacaan karat 14k,18k,22k atau 24k dilogam tersebut. Adakalanya tulisannya terlalu kecil, maka kita kena cari.
3. Gigit emas
Dalam filem koboi selalu tunjuk ini. Emas asli sifatnya lembut, akan ada kesan gigitan yang dalam.
4. Gores emas pada seramik
Goreskan emas pada permukaan seramik, jika ada goresan hitam bermakna emas palsu tetapi jika tiada kesan hitam ianya asli.
5. Bawa ke Ar Rahnu
Mereka ada alat yang lengkap untuk uji ketulinan emas ini. Biar mereka uji dan sahkan keasliannya.
6. Timbang emas
Jika emas jongkong, bar di atasnya ada ukuran berat. Timbang apakah beratnya sama atau tidak. Logam lain sukar untuk dapat berat yang sama seperti emas dalam ukuran yang sama sebab emas adalah logam paling padu.
7. Harga emas
Jika emas palsu biasanya tak mahal macam emas tulen.