Cara Buat Coklat Ganache Licin & Cantik Macam Kek Beli Dari Bakeri

Share

Buat kek dah mahir, apa kata seterusnya belajar pula cara buat coklat ganache untuk hias kek. Bolehlah hasilkan kek birthday famili macam beli kat kedai bakeri.

Caranya pun mudah dan versi bajet. Tip ini dikongsi oleh homebaker sendiri Norlailanazira Mohd Agos.

Cara buat ganache versi bajet

Bahan diperlukan:


300g dark chocolate
150ml susu full cream
1 sudu Buttercup (fungsinya supaya ganache berkilat )

Info:

  • Sukatan ini untuk sebiji kek (yang ini kek Indulgence) saiz 9 inci.
  • Sukatan juga boleh ubah ikut cita rasa banyak atau sikit, yang penting ratio mesti 2:1. Contoh jika guna 400g dark chocm susu full cream 200ml.
  • Jika mahu ganache yang premium boleh gantikan dengan coklat yang lebih mahal dan susu cair digantikan dengan whipping cream.

Cara membuat:

1. Ambil periuk, isi air paip. Masak hingga mendidih kemudian tutup api. Ambil bowl berisi coklat dan butter masak guna kaedah double boil. Pastikan periuk lagi kecil dari mangkuk. Kita cairkan coklat guna wap dari air mendidih tadi.

2. Kacau hingga coklat cair

3. Masukkan susu full cream dan kacau perlahan sampai sebati. Kena banyakkan bersabar gaul adunan ini sebab confirm berketul-ketul.

4. Kalau dia masih berketul juga, tapis saja.

5. Ini cara curah ganache. Kek dah simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam. Ganache dituang waktu masih suam. Bukan panas ya, suam.

Dah siap. Bersihkan papan guna kain atau tisu.

Bolehlah dihias.

Selamat mencuba.

Sumber: Norlailanazira Mohd Agos

 

IKLAN