Cara Buat Cucur Jagung Yang Sedap, Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam. Guna Jagung Segar Lagi Manis!

Share

Petang-petang makan cucur jagung pun sedap jugak. Dapat pulak jagung yang segar, lagi manis. Jagung dua ketul pun dah cukup untuk makan satu famili.

Tapi untuk pastikan kita dapat cucur jagung yang enak, rangup di luar lembut di dalam boleh ikut cara yang dikongsi oleh Ana Mariana Ismail.

Cara buat cucur jagung, rangup di luar, lembut di dalam

Bahan-bahan

Isi jagung yg dihiris
Tepung gandum
Cili kisar
Udang kecil atau ikan bilis – tumbuk kasar
Bawang besar – dihiris
Serbuk kunyit & serbuk ikan bilis
Garam & gula secukup rasa
Telur -1 biji
Air suam
Nota: Anggaran bahan ikut kuantiti tepung gandum

Cara membuat:

  1. Masukkan tepung gandum (agak-agak sepadan dengan bahan-bahan lain ya) isi jagung,bawang besar dihiris, udang atau ikan bilis, serbuk kunyit,garam,gula,serbuk ikan bilis , cili kisar(nak guna cili kering tumbuk kasar pun boleh) dan telur sebiji.

2. Bancuh adunan jangan terlalu pekat atau cair. Masuk air sedikit demi sedikit, agak-agak senang kita nak jemput guna tangan.

3. Bila bancuhan dah digaul sebati bolehlah goreng cucur guna minyak yang banyak dan api sederhana ya.

4. Nampak cucur dah keemasan, boleh angkat dan tos minyak. Makan cicah dengan sos cili memang sedap.

Selamat mencuba ya.

Sumber: Ana Mariana Ismail.

IKLAN