Petang-petang makan cucur jagung pun sedap jugak. Dapat pulak jagung yang segar, lagi manis. Jagung dua ketul pun dah cukup untuk makan satu famili.
Tapi untuk pastikan kita dapat cucur jagung yang enak, rangup di luar lembut di dalam boleh ikut cara yang dikongsi oleh Ana Mariana Ismail.
Cara buat cucur jagung, rangup di luar, lembut di dalam
Bahan-bahan
Isi jagung yg dihiris
Tepung gandum
Cili kisar
Udang kecil atau ikan bilis – tumbuk kasar
Bawang besar – dihiris
Serbuk kunyit & serbuk ikan bilis
Garam & gula secukup rasa
Telur -1 biji
Air suam
Nota: Anggaran bahan ikut kuantiti tepung gandum
Ads
Cara membuat:
Masukkan tepung gandum (agak-agak sepadan dengan bahan-bahan lain ya) isi jagung,bawang besar dihiris, udang atau ikan bilis, serbuk kunyit,garam,gula,serbuk ikan bilis , cili kisar(nak guna cili kering tumbuk kasar pun boleh) dan telur sebiji.
2. Bancuh adunan jangan terlalu pekat atau cair. Masuk air sedikit demi sedikit, agak-agak senang kita nak jemput guna tangan.
Ads
3. Bila bancuhan dah digaul sebati bolehlah goreng cucur guna minyak yang banyak dan api sederhana ya.
4. Nampak cucur dah keemasan, boleh angkat dan tos minyak. Makan cicah dengan sos cili memang sedap.
Rumah sentiasa kemas setiap kali datang, tak kira pagi, pagi petang atau malam. Mesti ada kediaman rakan, saudara yang begini yang membuatkan kita tertanya-tanya. Hari-hari mengemas ke?
Sebenarnya untuk pastikan keadaan rumah kita, memang ada kerja-kerja rumah yang kita kena buat setiap hari untuk memastikan kekemasan dan kebersihan terjaga.
Sebagai panduan senarainya dikongsi oleh Anis Syuhada. Senarai ini menurut beliau adalah pesanan dari ibunya yang dipraktik sejak kecil hingga kini bagi memastikan keadaan rumah kemas dan bersih.
Menjadi rutin Anis dari kecil lagi sebelum pergi sekolah ada beberapa kerja rumah Anis wajib buat.
Rutin setiap pagi ialah sapu sampah luar & dalam rumah, kemas tempat tidur & pastikan tiap bilik kemas, sidai kain & siram pokok bunga mak. Sampai tua juga ia menjadi rutin Anis sehingga hari ini. Mak selalu pesan:
1. Sapu saja sampah walaupun tak nampak kotor. Nanti dalam penyodok kita akan nampak ada atau tidak sampah.
2. Sambil sapu kaih sekali sawang. Jangan menyapu macam orang tiada mata atau takde tulang (menusuk ke sanubari pesan yang ini).
3. Lapik kaki luar atau dalam kena basuh. Jangan tunggu keras melekat kat lantai. Ya la nama lap kaki kalau dah kotor baik tak payah lap.
4. Kabinet kasut kena susun, jangan selipar tinggal sebelah pun simpan, yang putus pun simpan. Sayang kena bertempat. Tapak kasut tu ketuk dulu jangan berselut terus susun.
5. Tong sampah cuci, yang ada depan rumah kalau tak cuci baunya memang ‘mengaum’. Selalu kalau detergent dah abis Anis selalu letak air goncang-goncang untuk cuci tong sampah lepas lori datag kutip sampah.
6. Tiap kali lepas masak cuci sinki wajib! Lepas masak terus kemas semula macam sebelum masak. Kalau malas nak kemas balik “toksah masak”.
Mak kami sangat utamakan kebersihan, kalau dia masak licin dapur dia kemas. Kalau cakap “kejap lagi buat la” maka kita akan murung dengar dia bebel lagi-lagi bila dia cakap ‘takpa biaq mak buat semua hangpa rehat tengok tv”. Elok je dia cakap tapi kita akan rasa berdosa seumur hidup.
7. Selepas masak juga wajib sapu, mop balik dapur sebab meminyak. Takde dapur yang bersih secara sendiri. Sebab rumah perlukan maintanance. Warna apa pun dapur kena rajin. putih melepak ke hitam melegam ke kelabu asap ke kuning ke kena bersih.
8. Penyapu penyodok kena basuh lepas guna. Ya la sapu sampah pun kalau penyapu sendiri bersampah rambut bergumpal kat hujung penyodok tebai 5 inci habuk macam-macam melekat tengok pun tak lalu.
Lepas basuh keringkan sangkut balik simpan dalam stor. Jangan letak kat lantai nanti bulu penyapu melentik bengkok.
Rumah mahal, barang cantik tapi kotor…
Tapi kan betul la apa yang mak pesan tu beri impak besar walaupun kadang kita rasa “alahhhh tu pun nak bagi tahu ke?”
Mak selalu cakap rumah kita paling penting bersih, barang lama pun tak mengapa. Kalau rumah mahal barang cantik tapi kotor pun tetap rasa tak lengkap. Sebab itu bila rumah kita bersih automatik cantik dan tenang.
Ada juga yang tanya pukul berapa bangun nak buat semua kerja ni? Buat semua ini sambil-sambil bukan hari-hari wajib buat. Kalau dah biasa, jadi habit tak perlu bangun awal pun sebab rumah memng dah kemas.
Contohnya lepas masak cuci singki, tak sampai 10 minit siap, lepas sampah lori collect seminggu sekali cuci tong sampah bukan hari-hari kena bangun awal cuci pun.
Ramai yang cuba tanam pokok sirih tapi selalu mengadu tak hidup atau tak menjadi. Kalau sebelum ini tanam dalam tanah, apa kata cuba pula tanam sirih melalui teknik kokedama.
Atau dengan kata lain tanam sirih dalam gumpalan tanam yang dibalut dengan sabut kelapa atau lumut. Cara tanam sirih melalui kaedah kokedama ini dikongsi oleh Muhamad Nazar.
Teknik kokedama asalnya dari Jepun, kalau di sana mereka guna lumut untuk bahagian kulit kokedama. Tapi sebab saya sabut kelapa saja.
Selain pokok sirih macam-macam jenis pokok yang boleh diguna teknik kokedama ini. Cara ini saya kongsi kerana ramai yang kata cuba tanam pokok sirih tapi tak menjadi.
Bahan-bahan
-Gunting
-Benang jahit
-Tanah compost sawit + cocopeat.
-Sabut kelapa (untuk cantik boleh guna sphagnum moss)
-Benang minlon ( optional)
-Batang pokok sirih yang dah tumbuh akar angin (yg ini penting supaya akar sihat).
-Hormon penggalak akar ( optional)
-Mangkuk -supaya senang nak bentuk sabut luar kokedama
Cara tanam sirih teknik kokodema
2. Letak hormon penggalak akar di not batang sirih dan biar 5 minit.
3. Bentukkan tanah jadi bulat di keliling akar angin batang pokok sirih.
4. Letakkan di atas sabut di dalam mangkuk.
5. Ikat dengan benang kuat sambil bentuk kan supaya jadi bulat.
6. Balut lagi dengan benang minlon supaya nampak comel gitu.
7. Boleh letak dan hias pokok sirih ini dalam mangkuk atau digantung ikut cita rasa dan kreativiti. Letak di tempat yang teduh tapi banyak cahaya.
Cara siram
Sembur dengan air atau celup dalam baldi selama seminit bila lihat media hampir kering.
Selain pokok sirih boleh juga gunakan teknik ini untuk tanaman lain.
Walaupun menu kampung tapi hidangan lempeng ini tetap ramai peminatnya. Cicah dengan sambal ikan bilis atau sambal sardin memang ngam.
Cara nak buat pun mudah sangat. Tapi kan, ada juga yang buat lempeng tak menjadi. Kalau macam tu guna cara yang dikongsi oleh Fuad Ismail Iskandar ini. Elok gebu kejadian lempeng nanti.
2 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air (lebih kurang)
2 biji telur
3 sudu minyak masak
Sedikit garam
Serbuk perasa (jika suka)
1. Kisar semua bahan ini hingga sebati
2. Kemudian tuang sedikit atas kuali non stick. Saiz boleh buat ikut cita rasa.
3. Bila bahagian bawah dah masak, terbalikkan.
4. Dah sejuk boleh gulung dan makan dengan sambal.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...