Cara Buat Dadih Homemade, Coklat & 2 Lapisan. Boleh Buat Berniaga Untuk Tambah Income Juga

Share

Hidangan dadih ini bukan saja kegemaran anak-anak tapi juga yang dewasa. Enak dimakan sejuk terutama bila cuaca panas, ia juga pilihan pencuci mulut selepas makan. Sebab itu ia antara yang selalu dijual di kedai makan.

Bagi yang ingin tambah pendapatan, dadih juga antara yang boleh diusahakan. Cara membuatnya senang dan boleh dijual dari rumah.

Jika nak cuba buat sendiri sama ada untuk hidangan keluarga atau jualan boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Nawar Azhar

ini.

Cara buat dadih homemade 2 lapis

Bahan-bahan
10 gram serbuk agar-agar
200 gram serbuk Coffeemate
3 liter air
1 1/2 cawan gula pasir
1 tin susu cair
Pewarna dan perisa yang disukai
Bekas plastik (basahkan dengan sedikit air)

Cara membuat:

1. Sediakan periuk, masukkan air, serbuk agar-agar dengan gula pasir. Masak sampai gula larut dan mendidih

2. Apabila dan mendidih, kecilkan api lalu masukkan Coffeemate. Kacau sebati kemudian masukkan pula susu cair,kacau lagi sampai mendidih. Tutup api.

3. Bahagikan larutan dadih kepada beberapa bahagian, letak pewarna dan perisa.

4. Sediakan bekas, tuang larutan dadih ke dalam bekas. Biarkan sehingga suam. Kemudian bolehlah simpan dalam peti sejuk

5. Untuk buat dadih 2 lapisan, keraskan dulu lapisan yang bawah, baru tuang lapisan yang atas. Keraskan.

Cara buat dadih coklat

Bahan-bahan
10 gram serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
200 gram Coffee mate
2 liter air
1 liter susu perisa coklat Dutch Lady (kotak)
1 tin susu cair
Bekas plastik (basahkan dengan sedikit air)

Cara membuat:

1. Sediakan periuk masukkan air, serbuk agar-agar dengan gula pasir, masak sampai gula larut dan mendidih.

2. Selepas mendidih masukkan Coffeemate lalu kacau sebati hingga mendidih. Kecilkan api kemudian masukkan susu cair dengan susu perisa coklat. Kacau lagi sampai mendidih. Tutup api.

3. Tuang larutan dadih ke dalam bekas plastik yang telah di basahkan dengan sedikit air. Buat sampai habis

4. Biarkan suam sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Nawar Azhar

Artikel berkait: Agar-Agar Susu Kotak, Penyejuk Tekak Yang Paling Senang Nak Buat

 

IKLAN