Cara Buat Daging Rebus Air Asam, Sedapnya Sampai Menjilat Pinggan

Share

Hari raya korban akan kita sambut Khamis minggu depan. Biasanya waktu ini memang kita dapat agihan daging korban. Kadang-kadang sampai tak tahu nak masak apa.

Selain sup, gulai, goreng kunyit satu lagi menu daging yang mengancam selera boleh kita buat nanti adalah daging rebus air asam. Kalau makan lauk ni memang confirm licin pinggan dibuatnya.

Bukan saja sedap tapi cara nak buat pun senang. Rebus, kisar, gaul dah siap. Resipi lengkap dikongsi oleh Farhana Ismail.

Bahan-bahan:
Daging – direbus dan dipotong

Bahan kisar :
Sedikit cili besar
Sebiji tomato
6 tangkai cili padi-ikut kepedasan yang disukai
Air asam secukupnya
Sedikit belacan
Garam
Gula

Bahan dipotong
1 biji tomato
Cili padi
Cili besar
Bawang besar

Cara membuat:

1. Kisar bahan dikisar tapi jangan sampai hancur lebur ya. Kisar kasar.

2. Tuang bahan kisar dalam mangkuk dan masukkan bahan yang dipotong tadi. Gaul.

3. Akhir sekali masukkan daging yang direbus tadi.

Siap dah boleh makan. Hidang pulak dengan ulam, memang terbaik.

Selamat mencuba.

IKLAN