Nak cuba tanam sayur, tapi nak cara mudah. Kalau boleh tak mahu selalu siram. Boleh saja! Guna teknik tanam dalam nutripot.
Caranya dikongsi oleh usahawan tani, Azuan Abdullah. Ikut saja langkah demi langkah di bawah ini.
Dalam banyak-banyak teknik tanam sawi di rumah, teknik ini yang paling mudah dan berkesan buat saya . Ianya dipanggil teknik nutripot buatan sendiri. Apa yang specialnya diy nutripot ni?
Melalui teknik ini, kita bagi baja bersama air semasa siraman. Paling best, siraman dibuat seminggu sekali bagi pokok yang masih kecil. Bila pokok usia 3 minggu, baru kita siram 2 kali seminggu. Jimat masa, jimat baja dan jimat tenaga. Bestkan!
Walaupun siraman hanya 2 kali seminggu, pokok tak akan mati kelayuan. Hasilnya pun boleh tahan ohsem, lebih kurang 500 gram untuk 1 pasu.
Ini bahan-bahan yang diperlukan;
1. Pasu 2. Tong/baldi yang dapat muat 1/3 – ½ pasu. 3. Span 4. Cocopeat 5. Air baja AB
1. Pilih kombinasi pasu dan tong/baldi yang sesuai. Pastikan 1/3 – ½ daripada pasu boleh masuk ke dalam tong/baldi.
2. Pilih pasu yang ada lubang ya. Jika tak ada lubang, wajib buat lubang pada dasar pasu tersebut.
3. Masukkan pasu ke dalam tong. Ukur paras kedalaman bahagian pasu yang boleh masuk dalam tong/baldi. Saya tanda dengan marker pen paras tersebut.
4. Keluarkan pasu dari tong dan ukur paras bertanda tersebut. Dalam contoh ini, paras yang ditanda dengan marker dengan hujung pasu adalah 10 cm.
5. Ukur pula tong/baldi tersebut. Tandakan point dengan ukuran 2 cm lebih daripada paras pasu. Ini bermaksud point itu berada 12 cm.
6. Tebuk lubang pada point yang kita tanda tu. Minimun 2 lubang. Maksimun 4 lubang. Tujuannya adalah sebagai lubang over flow jika air terlebih nanti.
Ia juga boleh meningkatkan kadar pengudaran akar nanti. Lubang tu jangan besar sangat ya. Jika lubang besar, si aedes boleh masuk bertelur nanti.
7. Potong span ikut kesesuaian lubang dan ketinggian pasu. Ini saya guna span akuarium.
8. Masukkan span ke dalam lubang pasu. Pastikan hujung span mencecah pada bahagia dasar tong/baldi.
9. Masukkan cocopeat yang telah dibilas ke dalam pasu. Tak perlu penuh. Memadai tenggelam span atau ¾ daripada tinggi pasu.
10. Tanam anak benih sawi yang telah disemai. Pilih anak yang sihat dan bebas penyakit. Usianya lebih kurang 14 hari lepas semai dan ada 4-5 helai daun. Jarak lebih kurang 6 inci.
Siap tanam, siram pasu tersebut dengan air baja AB hingga lelehan air keluar melalui lubang over flow yang kita tebuk tadi. EC baja 1.5 mS
11. Jadual siraman dan kepekatan air baja adalah seperti berikut. Minggu 1 : 1 kali seminggu, EC 1.5 Minggu 2 : 1 kali seminggu, EC 1.8 Minggu 3 : 1-2 kali seminggu, EC 2.0 Minggu 4 & 5 : 1-2 kali seminggu, EC 1.5 ** Siraman dibuat hingga air sampai ke paras lubang “over flow”
12. Ini keadaan pokok sawi yang berusia 35 hari lepas tanam. Dia punya daun berkilat-kilat kan. Yang pasti, ia bebas racun kimia.
13. Satu pasu ini dapat hampir 500 gram. Jika tak nak potong pokok pun boleh. Memadai kita ambil 2-3 helai setiap pokok. Cara macam ni, pokok boleh tahan lama. Alhamdulillah rasanya tak pahit dan sangat rapuh.
Kalau tak nak DIY pasu ini pun boleh. Beli terus pasu nutripot yang dah siap. Ada jual di Shopee.
Bagi yang tinggal di kediaman bertingkat, ruang untuk menyidai baju selepas dibasuh selalunya agak terhad. Ramai yang terpaksa meletakkan penyidai baju di balkoni hingga tiadalah ruang untuk bersantai mengambil angin.
Bagi yang tak mahu balkoni penuh dengan alat penyidai kain yang memakan ruang boleh gunakan idea daripada Nordin Nj ini.
Beliau menggunakan rod langsir Ikea yang ubah untuk menjadi penyidai baju. Bagusnya idea ini, selepas baju kering, boleh simpan rod dan balkoni bebas digunakan untuk bersantai. Modal pula cukup murah RM25 saja.
Ini barang yang digunakan
Boleh beli di sini
Cara pasang pun mudah
Hasilnya
Bila kain dah kering, angkat dan kemaskan rod langsir pada bracket.
Salah satu keperluan ketika travel baik untuk urusan bercuti, bekerja, belajar dah tentu bagasi atau luggage. Bagi selalu travel dah tentu perlukan lugage yang berkualiti agar tahan lama.
Bagi yang sedang mencari lugage ini tip yang dikongsi oleh Syfq melalui akaun Twitter milik beliau boleh dijadikan panduan.
Memandangkan harga untuk lugage agak mahal maka kita perlu pilih yang terbaik. Ujarnya sebelum membeli lugage sebaiknya kita tahu material yang digunakan kerana ia banyak menyumbang kepada ketahanan beg. Barulah keluar kargo beg masih elok lagi.
Katanya bercadang beli lugage, cari yang menggunakan material polypropylene atau polycarbonate. Kedua-dua material ni mempunyai ketahanan yang kuat dari segi hentakan dan bebanan.
“Masa nak cari luggage untuk bawa travel haritu, salesperson tu tunjuk demo dia lenturkan luggage macam ni. Terus aku beli beg yang sama. Tip nak beli luggage;
1. Cari yang guna material polypropylene atau polycarbonate. Kedua-dua material ni mempunyai ketahanan yang kuat dari segi hentakan dan bebanan
2. Jangan beli luggage jenis ABS. ABS luggage sesuai untuk naik atas cabin. Masuk cargo, hancurlah beg kau.
INFO: Material polypropylene ini sangat padu dari segi toughness dan rigidity. PP jugak mesra alam sbb PP material ni thermoplastic (it can be recycled and change into new product). Konklusinya pilihan product menggunakan material PP sangatlah bijak di samping membantu alam sekitar kita.
Selain itu, boleh juga cari brand yang well known yang tulis “Unbreakable”. Walau harga agak ‘keras’ tapi insya-Allah tahan lama. Yang ini dari jenama Arnold Palmer (klik SINI untuk link pembelian di LAZADA.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.