Cara Buat Dalgona Coffee Yang Sedang Trending Sekarang!

Share

 

Selain Covic 19 yang sedang trending, di page masakan lain pula. Trending sekarang adalah Dalgona Coffee.

Sempena perintah kawalan pergerakan ketika ini ramai yang cuba membuat Dalgona Coffee yang katanya berasal dari Korea dan memuat naik di media sosial.

Salah seorangnya adalah Aishah Rosli Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian ini.

Cara buat Dalgona Coffee

Sempena perintah larangan pergerakan ni, kita duduk rumah explore benda baru. Jangan nak bebal keluar rumah

Jom buat Dalgona coffee  yang viral ni. Sedap minum air sejuk panas panas ni. Tambahan air ni tak manis.

Bahan-bahan:

1-2 sudu Nescafe/coffee (mana mana pun boleh)
1 sudu gula 1 sudu (ikut cita rasa) t
Air panas sikit
Susu segar
Ais (jika suka)

Cara membuat (video):

  • Whisk guna garfu sampai kembang. Macam nak buat meringue tu. Kalau nak cepat, guna je mixer.
  • Kemudian masukkan ais dalam gelas, tuang susu segar.
  • Kemudian letak coffee yg dah kembang atas sekali (buat macam topping)
  • Siap!. Kacau dulu then minum!
  • Topping ini boleh buat 2-3 gelas tau. Bukan 1 gelas letak semua topping tu.

(Boleh kurangkan nescafe dan tambah gula ikut citarasa. Saya suka pahit pahit. So letak sikit je gula).

IKLAN