Makan

Cara Buat Ikan Rebus Macam Makan Dulu-Dulu, Sedap Digoreng & Tahan Lama

Share

Cara buat ikan rebus macam kita makan dulu-dulu. Sebenarnya ini adalah cara orang tua kita menyimpan ikan agar tahan lama.

Waktu dulu-dulu mana ada peti ais untuk simpan ikan yang dibeli. Salah satu cara nak pastikan ikan tahan lama, mak atau nenek kita buat ikan rebus.

Ikan ini rasanya memang sedap dan sampai sekarang pun kita teringat.  Jadi kalau teringin nak makan atau beli ikan terlebih kita buat cara ini.

Cara buat ikan rebus versi kukus

Versi kukus perkongsian Siti Aishah Hanapi.

  1. Bersihkan ikan macam biasa pakai cuka/limau nipis. Bilas bersih.

2. Kemudian tabur garam dan masukkan sedikit cuka makan dan minyak (kuantiti ikut jumlah ikan) Garam jangan banyak sangat nanti masin. Gaul rata pada ikan.

3. Susun ikan dalam lengat/loyang dan letak asam keping 3-4 keping dalam kukusan.

4. Kukus macam biasa sehingga masak.

5. Biarkan sejuk dahulu baru digoreng.

6. Boleh masukkan dalam peti ais kalau nak simpan, ikan ini tahan lama.

Versi rebus

Cara ini pula dikongsi oleh Hajar Mohd

  1. Cuci ikan kemudian masukkan dalam periuk bersama beberapa hiris lengkuas tua.

2. Letak sekali asam keping lima keping. Nak masam boleh tambah. Masukkan garam.

3. Letak air suku periuk saja. Reneh api perlahan. Tutup periuk.

4. Bila air dah kering, tutup api. Esoknya barulah goreng, rasanya lagi sedap.

Ikan ini bila dah goreng, makan dengan nasi panas memang sedap, tak cukup seekor.

Sumber: Hajar Mohd & Siti Aishah Hanapi

Baca Lagi: Cara Buat Ikan Rebus Versi Thai, Makin Lama Simpan Makin Sedap

Published by
VK