Kuih karipap memang dah sedap tapi kalau dapat karipap pusing lagi sedap. Lebih rangup.
Cuma ramai yang tak rajin membuatnya kerana sangka ia remeh. Rupanya ada cara yang ringkas untuk kita hasilkan karipap pusing ini. Tak perlu cairkan marjerin, atau panaskan minyak.
Caranya dikongsi oleh Kencana Melur seorang suri rumah yang kini menjadikan karipap pusing ini sebagai produk jualannya.
Cara buat karipap pusing ringkas tapi sedap
Cara buat karipap pusing simple tapi sedap. Bahan-bahan pun ringkas juga, tak perlu cairkan majerin atau panaskn minyak. Caranya seperti di bawah.
Lain orang lain caranya, saya dah cuba bermacam resepi tak menjadi. Akhirnya buat sendiri. Alhamdulillah dah jadi kerja sampingan saya seorang suri rumah.
1. Sediakan doh marjerin
-1 1/2 cawan tepung gandum cap bunga Ros
-3 1/2 sudu besar majerin
Sebatikan hingga menjadi doh, tak lembik, tak keras. Sedang-sedang saja
2. Sediakan doh gandum
-3 cawan tepung gandum
-Air secukupnya
Sebatikan uli hingga jadi doh. Ketepikan.
3. Doh gandum dan doh marjerin.
4. Bahagi dua doh seperti gambar.
5. Doh gandum dileperkan dan letak doh majerin atas doh gandum, balutkan.
Ads
Pandangan belakang.
6. Kemudian canaikan.
7. Sampai jadi begini.
8. Gulung doh yang dicanaikan.
9. Potong dua.
Ads
10. Ambil satu dan canaikan begini.
11. Gulung kembali.
12. Kemudian potong doh digulung tadi. Jangan tebal atau nipis sangat.
13. Ambil satu keping, nampak tak yang terjuntai tu, letak ke bawang supaya inti tak keluar nanti.
14.Letak macam ni.
Ads
15. Kemudian gelek atau canaikan.
Canai sampai macam ni.
15. Letak inti karipap kegemaran dan kelim kemas.
16. Nampak tak pusar tu, dah jadi karipap pusing.
Karipap yang siap dikelim
Boleh goreng terus atau frozen. Ini untuk frozen jadi digoreng separuh masak dan sejukkan sebelum disejukbeku.
Rutin basuh pinggan mangkuk ini kita buat setiap hari kadang kala sampai 4-5 kali. Jadi sabun atau cecair basuh pinggan ini memang perlu sentiasa ada.
Tapi kalau nak jimatkan penggunaannya boleh ikut tip yang dikongsi oleh شهيد شهداء Dari 1 liter sabun boleh yang tahan sebulan boleh diganda jadi 5 liter dan tahan selama 5 bulan. Jimat banyak kan!
Tip jimat sabun basuh pinggan
Ni bukan pasal resepi masak tau tapi nak kongsi tips jimat sabun pinggan untuk suri rumah. Jimatlah juga belanja dapur kan. 800ml sabun, kita boleh gandakan menjadi 5 liter sabun.
Saya seronok sangat sebab buihnya tetap banyak walaupun kuantitinya dah digandakan. Maklumlah saya suka main buih masa basuh pinggan mangkuk periuk bagai.
Tambah 2 bahan ini saja
5 liter air
800ml sabun (tak kira jenama apa pun, saya guna Sunlight)
Garam paket kecil (anggaran secawan).
Gaul dalam baldi atau bekas besar yang sesuai. Siap…!
Nak gandakan 400ml je? Boleh, saya pun guna botol sabun sunlight yang 400ml tu je. Dapatlah 2400ml… Hanya kecilkan nisbah asal di atas (nak mudah faham bahagi dua sukatan di atas ).
TIP
Refill guna bekas yang sesuai, lagi bagus guna semula botol sabun pinggan yang memang dah habis tu.
Guna seperti biasa. InsyaAllah kesannya tetap sama sabun asal walaupun dah agak cair dari kepekatan asal. Yang penting bagi saya banyak buih dan barang basuhan pun bersih tanpa minyak. Selamat mencuba untuk lebih jimat.
Bagi pengguna Maybank dan Tabung Haji ramai maklum ada perkhidmatan yang memudahkan pengguna memasuk dan membuat pindahan wang antara keduanya secara online di Maybank2u.com
Tapi ramai yang tak tahu selain menggunakan perkhidmatan online ini, kita juga boleh menghubungkan kad ATM Maybank ke Tabung Haji. Jadi kalau tiada kemudahan internet boleh saja membuat urusan melalui ATM.
Boleh ikut langkah mudah ini yang dikongsi Official : Lembaga Tabung Haji supaya memudahkan kita untuk membuat simpanan Tabung Haji. Nak buat untuk akaun Tabung Haji anak pun boleh!
1.Pergi ke mesin ATM, masukkan kad berserta nombor pin.
2. Pilih menu Tabung Haji
3. Pilih menu ‘Daftar Akaun TH ke ATM Kad’
4. Masukkan nombor akaun TH anda.
5. Nombor Akaun dan Nombor Siri Akaun TH anda akan dipaparkan. Klik Ya.
Dah selesai, anda sekarang dah boleh buat urusan mendeposit atau membuat pindahan wang dari akaun Tabung Haji melalui ATM Maybank.
Boleh juga buat untuk akaun Tabung Haji anak
Untuk makluman, pendeposit boleh mendaftar akaun Tabung Haji anak bawah jagaannya sahaja dengan kad ATM Maybank dengan syarat penjaga akaun telah membuat link kad ATM dengan akaunnya sendiri.
Bagi pengaktifan (link) akaun TH dengan kad ATM Maybank boleh dilakukan di mesin ATM Maybank seperti di bawah :
1. Pilih pada menu ” Tabung Haji” 2. Klik pada ” Daftar akaun TH ke kad ATM” (Akaun Sendiri) / “Daftar akaun kanak-kanak TH ke ATM kad” 3. Masukkan butiran seperti Nombor Akaun Tabung Haji & No Siri Buku Akaun Simpanan (BAS). Bagi maklumat pada ruangan nombor siri BAS, pendeposit perlu memasukkan “000000000” pada medan nombor siri buku tersebut. 4. Link Akaun telah berjaya dilakukan.
Kalau kawasan rumah ada sedikit laman atau ruang boleh cuba mula tanam sayur. Tambah pula sekarang harga barang dapur serba naik.
Nak tanam sayur di tepi rumah ini sebenarnya mudah saja asal tahu kaedah asas ini. Tanam sayur apa pun boleh.
Sebagai panduan bercucuk tanam, langkah demi langkah yang dikongsi oleh Aye Asnor boleh jadi rujukan.
Kaedah tanam sawi, ikut cara ini tanam sayur apa pun boleh
Cara/kaedah yang saya gunakan untuk tanaman sawi. Cara ini juga boleh juga digunakan untuk tanaman yang lain. Lain orang lain kaedahnya.
1. Semaian biji benih
Letakkan biji benih di dalam tray semaian. Saya letak sebiji untuk 1 lubang. Boleh letak 2 biji untuk kemungkinan tidak tumbuh. Penggunaan tanah semaian atau peatmoss adalah yang terbaik.
2. Lembapkan
Lembapkan peatmoss keseluruhannya selepas letak biji benih (saya rendam). Saya tutupkan tray dengan tray yang lain (rujuk gambar).
3. Selepas 2 hari biji benih telah bercambah dengan baik. Dari peringkat ini hingga sebelum tanam, saya rendam tray dengan air baja AB (EC1.0). Rendaman dilakukan bila peatmoss agak kering.
4. Penyediaan media tanaman
Saya hanya gunakan tanah sekeliling rumah + pasir + sabut kelapa. Tanah & pasir dicampurkan. Saya buat rawatan terlebih dahulu sebelum digunakan.
Rawatan tanah hanya gunakan campuran racun serangga & kulat. Kemudian siramkan pada campuran tadi.Kemudian, buat 2 lapisan pd tapak tanaman. Lapisan bawah campuran tanah & pasir manakala lapisan atas sabut kelapa.
INFO
Untuk semaian memang ada tanah yang khusus. Jika guna tanah biasa kurang efektif. Tumbesaran agak lambat. (Sekiranya sudah tanam pokok menggunakan tanah biasa, teruskan saja. Boleh bantu dengan pembajaan)
5. Anak pokok sawi yang berusia 10 HSS (hari selepas semai).
6. Basahkan media tanaman. Petak-petak tu hanya tali rafia. Saya buat hanya untuk mudahkan semasa proses menanam anak pokok. Kemas & selari.
7. Anak pokok sedia untuk ditanam.
8. Hasil sawi selepas 10 HST (hari selepas tanam). Siraman baja AB (EC1.5) dari mula tanam sehingga tuai.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...