Jajan kerepek gunting atau jejari udang ini memang layan kalau dimakan. Rasanya yang rangup dan pedas akan buat kita tak boleh berhenti bila dah mula makan.
Sambil tengok tv noleh habis sebalang jika tak dikawal. Memandangkan sekali makan pun boleh habis, elok juga kalau kita buat sendiri jajan ni.
Cara membuatnya tak susah mana dan dikongsi oleh Ummi Hawa. Untuk hasilkan bentuk panjang ini boleh guna mesin mee tapi jika tiada guna cara original, canai nipis dan gunting, macam stail dulu-dulu.
Buat sendiri kerepek gunting, jajan pedas rangup
Bahan-bahannya
1 kg tepung gandum (jenama apa pun boleh)
Segenggam udang kering/ udang kepai*
Ikan bilis tak sampai segenggam*
Telur 1 biji*
Jintan manis 1 sudu kecil teh*
Jintan putih 1 sudu kecil teh*
Serbuk kunyit 1 sudu dadih*
Cabai – ikut tahap pedas yang dikehendaki*
2 labu bawang besar*
Bawang putih 7 ulas*
Gula, garam secukup rasa*
Daun kari – tak sampai segenggam
Cara membuat:
Ads
1. Daun kari tadi digoreng dan ditos.
2. Kisar semua yang bertanda dengan air secukupnya.
3. Selepas hancur, masukkan daun kari dan kisar lagi tapi jangan sampai lumat sangat.
4. Tuang bahan yang dikisar dalam tepung kemudian uli hingga menjadi doh.
Ads
5. Canai dalam mesin mi. Mula-mula no. 1 kemudian no. 3 dan seterus no. 4 atau 5.
Ads
6. Dah siap boleh goreng hingga kekuningan atau kemerahan. Angkat dan tos. Simpan dalam bekas kering.
TIP
– Jika doh melekat pada mesin itu tandanya bancuhan lembik. Kena tabur tepung lagi hingga jadi sedikit keras supaya jadi macam kepingan.
Bubur ayam antara yang boleh dijadikan menu sarapan. Satu ketika dulu ramai yang membeli menu ini di satu restoren makanan segera yang popular. Tapi sejak ‘diboikot’ kita pun dah jarang makan bubur ini.
Tapi ada masa tekak mungkin teringin nak menikmatinya jadi apa kata belajar buat sendiri. Ada banyak perkongsian buat sendiri bubur ayam ala restoren makanan segera popular ini, antaranya dari Azwa Muhamad. Boleh cuba buat untuk sarapan, caranya pun senang sangat!
Buat sendiri bubur ayam
Bahan-bahan
Beras -1 cawan (cuci dan toskan)
Air – 5 cawan
Isi ayam – dicincang
Halia – 2-3 hiris
Bawang merah -dihiris
Bawang putih -dihiris
Kiub ayam -1
Minyak masak -3 sudu
Garam / perasa
Cara membuat
1. Masukkan beras dan air dalam periuk, tanak atas dapur. Kacau sampai lembik, kalau kurang air tambah sampailah jadi bubur.
2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang merah, bawang putih & halia. Tumis sampai betul-betul garing.
3. Kemudian tuang bahan yang digoreng tadi dalam periuk berisi bubur. Masukkan sekali isi ayam dan kiub pati ayam.
4. Kacau sampai masak serta masukkan perasa. Tutup api. Letak bubur dalam mangkuk hiaskan dengan daun bawang, dau sup dan bawang goreng.
Jika nak pedas letak lada sudah dan cili merah yang dicincang. Siap!
Waktu nak beli tembikai beria-ria kita pilih tapi alih-alih bila balik dan potong rasanya tawar, tak manis.
Ini kejadian biasa berlaku. Tapi lepas tahu petua yang dikongsi oleh Aishah Wahab ini insya-Allah tak kita akan frust lagi.
Graduan dalam bidang pertanian yang pernah bekerja di ladang ini berkongsi cara memilih tembikai yang manis rasanya. Ada 4 cara yang dikongsi dan semuanya dengan cara melihat dari luaran tembikai saja.
So lepas ni boleh praktikkan bila beli tembikai ya!
Salah satu cara untuk memperoleh tubuh yang sihat sekali gus menurunkan berat badan, ramai yang mengamalkan minum ‘infused water’ atau air untuk detoks.
Pelbagai jenis infused water yang dicedok amalan masyarakat barat. Tapi sebenarnya dalam Islam sendiri infused water ini sudah lama diperkenalkan.
Ia diamalkan terlebih dahulu oleh Nabi Muhammad saw dan dikenali sebagai air nabeez. Ia merupakan air rendaman kurma atau pun kismis.
Riwayat daripada Imam Muslim, Aisyah berkata;
“Kami biasa membuat perahan untuk Rasullulah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari, atau membuat rendaman di petang hari dan meminumnya di pagi hari.” (H.R Muslim).
Pastinya ada banyak lagi kurma lebihan bulan puasa lalu jadi gunakan sebaiknya untuk membuat air nabeez ini.
Cara membuat air nabeez
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil contoh tiga biji. Buang bijik lalu cari-carikkan isi kurma.
2. Sediakan air masak anggaran 500ml – 1 liter.
3. Rendam isi kurma dalam air tadi malam sebelum tidur. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air, jangan dibiarkan terbuka.
4. Bangun keesokan hari, minumlah air ini.
Kelebihan air nabeez
Selain membantu perut tahan lapar dan dahaga, kandungan dalam kurma ini juga membantu untuk menyingkirkan toksin dari tubuh.
Ia juga sangat berguna sebagai detox untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan.
Selain itu disebabkan air nabeez tinggi dengan khasiat serat, ini mampu membantu proses pencernaan dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar tidak mudah lupa.
Info
Air nabeez ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan. Amalkan minum sewaktu masa perut kosong.
Kurma yang paling baik digunakan untuk membuat air nabeez ialah kurma ajwa.
Sebaiknya buat air ini untuk sekali minum. Jangan simpan lama atau lebih 3 hari kerana ia akan jadi masam dan tak boleh diminum.
Selain daripada kurma, boleh juga menggunakan kismis untuk membuat air nabeez.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...