Cara Buat Kentang Goreng Homemade Yang Sedap. Boleh Frozen & Buat Bentuk ZigZag, Lagi Rangup

Share

Siapa saja yang tak suka makan kentang goreng kan. Ada masa kita sanggup pergi restoren fast food untuk beli kentang goreng ini saja buat kudap-kudapan.

Kalau satu famili dah suka makan kentang goreng eloklah buat sendiri saja, lagi jimat. Buat kentang goreng frozen terus supaya senang nak makan bila-bila masa.

Nak buat zig zag macam yang selalu kita beli pun boleh. Ikut saja panduan dari Fafae Mimie. Rasanya sebijik macam frozen fries yang kita selalu beli tu.

Cara buat kentang goreng homemade, nak frozen pun boleh

1. Sediakan kentang, pilih yang bulat dan besar supaya senang nak potong.

2. Kupas kulit hiris dan potong memanjang.

3. Jika nak bentuk zig zag boleh juga guna hujung penyagat untuk potong. Saya baru tahu kegunaannya selepas search dalam resipi.

4. Didihkan air dan rebus kentang yang dipotong lebih kurang 6 minit.

5. Tapis air dan tos.

6. Kemudian gaul rata kentang yang telah ditos dengan 3-4 sudu tepung gandum bersama 1-2 sudu lada sulah.

7. Boleh terus goreng dan angkat bila kekuningan. Boleh gaul dengan secubit garam sebelum menggoreng.

8. Untuk frozen goreng separuh masak saja. Kemudian sejukkan dan masuk dalam plastik ziplock. Boleh simpan dalam freezer.

Selamat mencuba.

Sumber: Fafae Mimie

IKLAN