Cara Buat Kerabu Mangga Ala Thai. Nak Lagi Sedap Kena Lebihkan Bahan Ini

Share

Kalau kat rumah ada pokok mangga, boleh buat kerabu mangga ala Thai ini. Selalu makan kat restoren, kali ini kita buat sendiri.

Cara membuat boleh ikut perkongsian Chef Asma Nordin

ini. Kerabu mangga ini ratah macam tu pun sedap. Nak makan dengan nasi pun boleh.

Bahan -bahan :
Mangga muda – diracik
Udang kering – disangai & kisar kasar @ ditumbuk
Kacang goreng – ditumbuk
Bawang merah – dihiris
Serai
Cili padi
Air limau nipis
Daun kesum
Bunga kantan
Sos sotong atau ikan
Garam & gula secukup rasa.

Cara membuat

1.Semua bahan diracik, dihiris dan dimayang halus dicampurkan sekali.Gaul hingga sebati.

2.Masukkan sos sotong, air limau nipis, garam dan gula. Gaul dan sesuaikan rasa ikut citarasa sendiri.

Tip nak lebih sedap, kena lebihkan udang kering. Nak letak daun ketumbar pun boleh.

Selamat mencuba.

Sumber: Chef Asma Nordin

IKLAN