Makan

Cara Buat Kerepek Dari Biji Durian Yang Sedap Berlemak & Rangup

Share

Cara buat kerepek dari biji durian. Dah beli durian mahal-mahal maka kita makan dan gunakan sepenuhnya buah ini. Kalau kulitnya boleh buat baja, biji durian pula boleh kita olah. Buat kerepek untuk jadi jajan kita.

Mungkin ramai tak tahu biji durian sebenarnya boleh dijadikan kerepek yang rangup,enak kerana ada rasa lemak-lemak yang tersendiri. Tak percaya boleh cuba buat. Caranya dikongsi oleh Rozana Hashim AsSalihin

Cara buat kerepek dari biji durian

1. Bersihkan biji durian dari sebarang isi dan kotoran. Jika rajin boleh buang sekali lapisan berwarna coklat, tapi boleh saja jika dibiarkan. Kemudian rendam dengan air garam semalaman.

2. Esonya, sagat biji durian ini nipis-nipis menggunakan penyagat biasa.

3. Selepas selesai disagat, biarkan selama lebih kurang sejam dua sebelum digoreng.

4. Panaskan minyak yang agak banyak, kemudian goreng menggunakan api perlahan. Kacau selalu, kerepek ini mengambil masa untuk garing jadi jangan gunakan api yang terlalu perlahan, nanti lambat siap.

5. Tanda kerepek sudah masak, ia akan rasa ringan bila kacau. Waktu ini bolehlah diangkat dan tos.

6. Biarkan sejuk, kemudian boleh simpan dalam bekas kedap. Kerepek biji durian ini sedap kerana ada rasa lemak-lemak.

Selamat mencuba.

Sumber: Rozana Hashim AsSalihin

Baca artikel: Kulit Durian Boleh Buat Baja Organik Cecair Penyubur Tanaman, Jangan Buang!

Tip Buat Bubur Kacang Durian Yang Sedap Berlemak & Wangi, Letak Halia!

Published by
VK