Cara Buat Kuah Colek Buah Thai. Cicah Apa Pun Gerenti Sedap

Share

Kalau makan di restoren Siam, sementara tunggu hidangan lain sampai kita selalu juga pesan colek buah ni.

Bahagian yang paling sedap dah tentu kuah atau sos colek Thai ini. Gabung dengan buah yang masam-masam lagi mantap rasanya. Confirm kuahnya kita ceduk sampai licin.

Dan jika terasa nak makan colek buah ini di rumah, kita boleh saja buat sendiri kuah ini. Cara membuatnya ada dikongsi oleh Fia Sofia.

Cara buat colek buah Thai

Bahan-bahan

1 cawan air
6 ketul gula Melaka
Sedikit belacan
1 sudu garam
1 sudu sos ikan
4 biji bawang merah-hiris halus
Udang kering
Cili padi ikut citarasa- hiris halus

Cara masak colek buah

1. Masukkan air dan gula Melaka sampai mendidih.

2. Masukkan belacan, garam dengan sos ikan.

3. Tutup api kemudian masuk bahan lain udang kering, bawang merah cili padi. Kacau sampai sebati.

4. Biar sejuk kemudian boleh mula menyicah dengan apa jenis buah pun.

Cara buat serbuk colek Thai

Makan colek kena ada juga serbuk colek. Cara buatnya pun senang.

Bahan-bahan

3 biji cili api -buang biji tumbuk dulu cili merah
4 sudu gula
Setengah sudu garam

Cara membuat

Gaul saja semua bahan ini sampai sebati. Siap boleh hidang dengan kuah colek dan buah-buahan yang ada.

Selamat mencuba.

Sumber: Fia Sofia.

 

IKLAN