Kalau makan di restoren Siam, sementara tunggu hidangan lain sampai kita selalu juga pesan colek buah ni.
Bahagian yang paling sedap dah tentu kuah atau sos colek Thai ini. Gabung dengan buah yang masam-masam lagi mantap rasanya. Confirm kuahnya kita ceduk sampai licin.
Dan jika terasa nak makan colek buah ini di rumah, kita boleh saja buat sendiri kuah ini. Cara membuatnya ada dikongsi oleh Fia Sofia.
Cara buat colek buah Thai
Bahan-bahan
1 cawan air
6 ketul gula Melaka
Sedikit belacan
1 sudu garam
1 sudu sos ikan
4 biji bawang merah-hiris halus
Udang kering
Cili padi ikut citarasa- hiris halus
Cara masak colek buah
Ads
1. Masukkan air dan gula Melaka sampai mendidih.
2. Masukkan belacan, garam dengan sos ikan.
3. Tutup api kemudian masuk bahan lain udang kering, bawang merah cili padi. Kacau sampai sebati.
Ads
4. Biar sejuk kemudian boleh mula menyicah dengan apa jenis buah pun.
Cara buat serbuk colek Thai
Makan colek kena ada juga serbuk colek. Cara buatnya pun senang.
Bahan-bahan
Ads
3 biji cili api -buang biji tumbuk dulu cili merah
4 sudu gula
Setengah sudu garam
Cara membuat
Gaul saja semua bahan ini sampai sebati. Siap boleh hidang dengan kuah colek dan buah-buahan yang ada.
Terung antara sayuran yang boleh kita tanam di rumah. Bagusnya pokok terung ini tak perlu tanam banyak, kerana jika betul penjagaannya ia akan lebat berbuah hingga makan pun tak habis.
Kalau nak tahu macam mana penjagaan pokok terung yang betul oleh ikut tip yang dikongsi oleh Azuan Abdullah.
Tip tanam dan jaga pokok terung supaya berbuah lebat
Pokok terung ni saya tanam suka-suka tepi rumah. Jenis antabogal. Tanam dua pokok je, buahnya memang tak habis makan.
Ini cara-cara saya tanam dan jaga dua pokok terung ni.
Tanam dalam petak tanaman. Guna tanah campuran sebagai media tanaman. Jarak antara pokok 3 kaki.
2. Tanam anak benih masa umur 35 hari lepas semai.
3. Lepas tanam terus sembur dengan kawalan organic buatan sendiri. Semburan juga dibuat pada hari kedua dan ketiga lepas tanam. Sembur pada awal pagi.
4. Siram dengan air kosong pada hari pertama dan kedua lepas tanam. Siram pada waktu pagi dan petang. 1 liter setiap kali siram.
5. Siram dengan baja subur pada hari ketiga lepas tanam. Kadar pencairan adalah 10 ml larutan stok baja subur untuk 1 liter air. Siram 1 liter satu pokok pada waktu pagi. Sebelah petang siram dengan air kosong sebanyak 1 liter 1 pokok.
6. Siram dengan air kosong pada hari yang kita tak siram dengan air baja. 1 liter pagi dan 1 liter petang.
7. Siram dengan air baja subur dua kali seminggu sehingga pokok ini berumur 14 Hari Lepas Tanam. (HLT). Saya siram pada umur 3 HLT, 7 HLT, 10 HLT dan 14 HLT. Kadar pencairan adalah 10 ml larutan baja subur untuk 1 liter air. Siram pada waktu pagi, 1 liter 1 pokok. Petang siram dengan air kosong 1 liter 1 pokok.
8. Bila pokok 17 HLT, 20 HLT, 24 HLT, 27 HLT dan 30 HLT, guna pencairan 15 ml larutan stok baja subur untuk 1 liter air. Siram pada waktu pagi, 1 liter satu pokok. Petang siram dengan air kosong, 1 liter 1 pokok.
9. Sembur dengan kawalan organik buatan sendiri pada setiap hari kita siram air baja. Sembur awal pagi. Sembur pada pucuk dan daun muda hingga basah lencun.
10. Pastikan tiada rumput di kawasan pokok kita sebab rumput ni rumah bagi serangga perosak. Bila tiada rumput, risiko serangan perosak pun kurang dan nak kawal pun mudah.
11. Boleh start siram dengan air baja buah bila pokok dah 34 hari lepas tanam. Kadar pencairan adalah 15 ml untuk 1 liter air. Siram pada waktu pagi, 1 liter 1 pokok. Petang siram dengan air kosong, 1 liter 1 pokok.
Ulang langkah diatas dua kali seminggu hingga pokok umur 60 hari lepas tanam.
12. Bila pokok dah start berbuah dan boleh kutip hasil, buang daun yang tak berfungsi setiap minggu.
13. Bila pokok umur 64 hari lepas tanam, saya siram dengan baja buah antara 1.5 – 2 liter sepokok. Siram pada waktu pagi dan kadar pencairannya juga adalah sama. Petang siram dengan air kosong, juga antara 1.5 – 2 liter setiap pokok.
Benih terung ini boleh capai 15 kg sepokok. Awalnya was-was, bila dah tanam sendiri ni barulah boleh percaya. Sebab dah lebih 30 biji saya petik terung ini dari 2 pokok yang saya tanam. Buah kat pokok sekarang ada lebih kurang 20 biji lagi.
Ramai sangka tanam asparagus hanya boleh di tanah tinggi dan sejuk saja? Sebenarnya jika nak tanam di sekitar rumah kita. Tengok hasil asparagus yang ditanam Faridah Rahman ini. Elok saja besar dan segar.
Beliau juga turut berkongsi cara penanaman asparagus dari biji benih. Boleh cuba tanam, berbaloi sebab harganya pun ‘kayangan’ dan sekali tanam sayur ini hayatnya boleh tahan hingga 20 tahun. Ini perkongsian beliau.
Cara tanam asparagus dari biji benih
Ini adalah hasil dari 6 pokok asparagus. Purple asparagus lebih manis rasanya dari yag hijau.
Pokok ini saya tanam dari biji benih yang dibeli di AE Grafted Nursery, Kota Bharu, Kelantan. Bagi yang dah beli biji benih dan nak tanam boleh ikut cara ini;
1. Rendam biji benih semalaman dgn beberapa biji bawang merah.
2. Sediakan tray dengan media campuran tanah hitam dan peatmoss (sabut cincang).
3. Letakkan biji benih, satu biji satu lubang. Siram dan tutup dgn plastik hitam. Letakkan di tempat teduh.
4. Selepas 2 hari, buka plastik hitam dan biarkan di tempat teduh.Biji benih asparagus ambil masa 2 -5 minggu untuk bercambah. Jadi kena sabarlah ya.
5. Bila dh tumbuh 3- 4 batang bolehlah pindahkan ke pasu kecil.
6.Selepas 3- 4 bulan, agak-agak pokok dah stabil bolehlah pindahkan ke pasu besar atau kawasan yang lebih luas.
7. Siraman dilakukan 2 kali sehari.
8. Antara baja yang digunakan. Yang hitam baja kopi, tabur saja.
INFO
Boleh dituai seawal 10-12 bulan, walau spears tak besar. Asparagus matang setelah usia 2 tahun, waktu ini spears cukup besar.
Hayat pokok asparagus adalah 20 tahun.
Asparagus ada jantan dan betina. Yang jantan spearsnya lebih besar dibandingkan dgn yg betina. Yang betina kecil tapi mengeluarkan bunga dan buah untuk dijadikan benih.
Pokok betina yang mula berbuah. Kena tunggu berwarna merah baru boleh dipetik untuk dijadikan biji benih.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...