Makan

Resipi Kuih Serabai Bersama Kuah Manis. Cicah Dengan Sambal & Kuah Kari Pun Sedap

Share

Kuih serabai yang berasal dari utara ini memang kegemaran ramai terutama untuk dimakan waktu pagi mahupun petang.

Biasanya serabai ini dihidang bersama kuah manis tapi kalau cicah dengan sambal atau kuah kari semalam lagi sedap. Cuma kalau duduk jauh dari negeri Utara memang susah nak jumpa kuih ini dijual. Kalau teringin kenalah buat sendiri. Caranya ditunjukkan oleh Rohani Ronnie.

Cara buat kuih serabai

Bahan-bahan

3 cawan tepung beras (cap teratai)
1 cawan santan
1 sudu besar yis mauripan
1 cawan kanji (tepung beras kacau dgn sedikit air, kacau atas api hingga kental biarkan sejuk)
Secubit garam
1 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya

Cara membuat:

  • Satukan semua bahan dalam bekas dan bancuh hingga sebati. Air letak ikut kesesuaian macam buat adunan kuih ketayap.
  • Bancuh adunan hingga tidak gentel. Peram selama 3 jam.
  • Bila adunan dah naik, boleh bakar dalam acuan menggunakan api perlahan. Bila dah sedikit keperangan bolehlah diangkat.

Bahan untuk kuah manis

1 cawan santan
1 cawan air
1 ketul gula merah
2 sudu besar gula putih – ikut citarasa
Sedikit garam
2 sudu besar tepung gandum (untuk pekatkan kuah)

Cara membuat

  1. Satukan semua bahan dalam periuk atau kuali.

2. Masak hingga didih dan pekat. Sesuaikan kadar kemanisan ikut cita rasa. Boleh sediakan kuah manis ini ketika perap adunan.

Selamat mencuba.

Sumber: Rohani Ronnie

IKLAN