Cara Buat Lempeng Kampung Gebu, Cicah Dengan Sambal Sardin Atau Bilis Memang Ngam

Share

Walaupun menu kampung tapi hidangan lempeng ini tetap ramai peminatnya. Cicah dengan sambal ikan bilis atau sambal sardin memang ngam.

Cara nak buat pun mudah sangat. Tapi kan, ada juga yang buat lempeng tak menjadi. Kalau macam tu guna cara yang dikongsi oleh Fuad Ismail Iskandar

ini. Elok gebu kejadian lempeng nanti.

Cara buat lempeng kampung gebu

Bahan-bahan

2 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air (lebih kurang)
2 biji telur
3 sudu minyak masak
Sedikit garam
Serbuk perasa (jika suka)

Cara membuat:

1. Kisar semua bahan ini hingga sebati

2. Kemudian tuang sedikit atas kuali non stick. Saiz boleh buat ikut cita rasa.

3. Bila bahagian bawah dah masak, terbalikkan.

4. Dah sejuk boleh gulung dan makan dengan sambal.

Selamat mencuba

Sumber: Fuad Ismail Iskandar 

IKLAN