Cara Buat Macaroni Cheese Yang Super Sedap Macam Di Kafe Western

Share

Selain daripada hidangan spageti, makaroni ini juga antara kegemaran. Bagi yang suka keju, selalu makaroni cheese jadi pilihan.

Jika selalu makan di kafe western, waktu lockdown eloklah kita belajar buat sendiri.

Untuk macaroni cheese yang sedap macam di kedai western boleh ikut cara Noratiqah Nordin

. Resipi ini menurutkan hasil gigih ‘try and error’ selepas kedai yang biasa dikunjungi untuk menikmati macaroni cheese yang sedap ditutup.

Setelah beberapa kali cubaan, barulah dapat hasil macaroni yang super sedap kena dengan cita rasa. Caranya boleh ikut perkongsian beliau ini.

Cara buat macaroni cheese yang super sedap

Bahan-bahannya :

3 cawan macaroni
Air secukupnya dan sedikit minyak untuk rebus macaroni
3 pcs cheese keping
1 cawan cheese powder
1 sudu parsley, 1 sudu basil, 1 sudu oregano
3 cawan susu segar

Langkah demi langkah

1. Rebus dulu macaroni dengan air dan minyak. Dah kembang tos.

2. Masukkan susu segar, diikuti cheese keping semuanya.

3.Masukkan cheese powder. Inilah rahsia kesedapan macaroni cheese.

4. Masukkan 3 rempah tadi.

5. Akhir sekali masuk macaroni yang dah direbus. Gaul hingga sebati.

Ok dah siap. Nak kuah banyak, banyakkan susu.

Boleh juga jika nak tambah mozarella cheese. Lagi bertambah sedap.

Selamat mencuba.

Sumber: Noratiqah Nordin

IKLAN