Cara Buat Mee Sanggul Goreng, Buat Basah-Basah Memang Sedap

Share

Selain mi kuning, bihun atau pasta ada lagi satu pilihan mi yang boleh kita hidangkan iaitu mee sanggul.

Jika selalu menggunakannya untuk hidangan sup atau mi kicap, mi sanggup ini juga enak bila digoreng basah-basah. Nak cuba? Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nurul Ateekah.

Cara buat mi sanggul goreng basah

Bahan-bahan

2 mee sanggul -direbus @ rendam sehingga lembut dan toskan
Udang – dicuci bersih
4 biji telur
4 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji tomato -belah 4 )
Kucai
Taugeh
7 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
Kicap manis
Serbuk perasa

Cara membuat

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.

2. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.

3. Masukkan udang. Gaulkan dan biarkan sehingga udang masak.

4. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis dan serbuk perasa secukupnya. Gaulkan sekata.

5. Masukkan tomato dan pecahkan telur didalam kuali. Gaulkan.

6. Masukkan mee sanggul, tauge dan kucai. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan masak seketika. Siap.

Selamat mencuba.

Sumber: Nurul Ateekah.

IKLAN