Ada masa ketika berbuka kita terasa nak makan hidangan selain dari nasi. Jika selera teringin yang begini mi hailam ini antara menu yang sesuai.
Hidangannya pun lengkap, penuh lauk dan ada sayur. Lagi special ia ditumis dengan lada hitam jadi ada rasa pedasnya.
Bagi yang nak cuba boleh ikut resipi mi hailam istimewa dari Hasniza Hassan. Punyalah sedap katanya sampai suami pernah minta masakkan menu ini lima hari berturut-turut untuk berbuka puasa.
Cara buat mi hailam special paling senang & sedap!
Bahan-bahan
11 ulas bawang putih – dikisar/ tumbuk
1 sudu besar biji lada hitam – ditumbuk kasar
Daging yang dipotong kecil-kecil (rebus dulu untuk cepat)
1 mangkuk stok air udang, kalau ada
15 ekor udang (kuantiti ikut citarasa)
4 ekor sotong yang dihiris (kuantiti ikut citarasa)
1 biji tomato dibelah 2
1-2 biji cili merah dipotong
Kobis dihiris dan sawi dipotong
Kicap masin, kicap manis dan sos tiram secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Nota: kuanti bahan ini untuk 1 – 1 1/2 peket mi:
Ads
Cara membuat
Tumis bawang putih dan lada hitam hingga garing.
2. Masukkan daging dan tambah air. Boleh masukkan stok air rebusan daging/kulit udang kalau ada. Biarkan mendidih. Pastikan daging empuk.
3. Masukkan kicap masin, kicap manis dan sos tiram.
4. Masukkan udang dan sotong. Jangan lama sangat nanti kecut.
Ads
5. Masukkan cili merah dan tomato. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
6. Terus masukkan kobis.
Ads
7. Apabila mendidih masukkan sawi. Tambahkan juga tepung jagung untuk pekatkan kuah.
8. Gaul rata kemudian masukkan mi. Kacau dan biar hingga mi masak.
9. Terus hidang untuk makan panas-panas. Kalau biar lama mi akan kembang.
Ramai yang selalu berdepan dengan situasi serba salah bila kawan-kawan atau saudara mara nak pinjam duit.
Ya lah kita sendiri mungkin pernah ada pengalaman dah beri pinjam tapi tak bayar. Bila minta buat tak tahu atau cakap takde duit. Sudahnya kita yang beri pinjam duit ni pulak kena buat tebal muka minta duit sendiri. Supata kejadian hutang tak berbayar ini tak berulang atau tak terjadi seeloknya kita buat surat perjanjian. Biar ada hitam dan putih supaya boleh ambil tindakan sewajarnya bila peminjam tak bayar.
Peguam Nor Zabetha memberi panduan kepada kita macam mana nak buat surat perjanjian pinjaman wang ini. Berikut perkongsian beliau:
Cara buat surat perjanjian hutang
Apa isi kandungan Surat Perjanjian pinjaman wang sekirannya hendak buat sendiri?- Jom share.
Kalau pinjamkan pada kawan, kekasih, adik beradik, sepupu sepapat, perlu ada bukti hitam putih. Nanti nak tuntut balik tak boleh maka meleburlah hutang RM5,000 atau RM10,000 atau RM15,000. Apa pun tak dapat!
Jadi apa butiran yang perlu ada dalam perjanjian hutang yang akan diambil kira di mahkamah? Sebab kalau tak kena tempat, perjanjian anda mungkin akan jadi tak terpakai.
Ilmu perlu kongsi. Mari saya sharekan resepi nak tulis perjanjian hutang yang boleh dijadikan bukti di Mahkamah:-
1. Letak tajuk “Pinjaman Persahabatan” ini maksud pinjaman tanpa faedah.
2. Perlu ada butir-butir nama PENUH, nombor kad pengenalan dan alamat TERKINI Pemberi Pinjam dan Peminjam.
Ini bertujuan perjelaskan identiti untuk tujuan menuntut di mahkamah nanti dan senang hendak ambil tindakan. Dapatkan salinan kad pengenalan dan pulangkan dengan perkataan pinjaman.
3. Nyatakan jumlah pinjaman. Contoh:
Dengan ini saya *nama pemberi pinjam wang* Sudin telah memberikan pinjaman sebanyak RM**** kepada Ajis *nama peminjam*.
4. Cara bayaran bagaimana? Contoh dalam tempoh berapa bulan? Tahun? Sebulan berapa? Berapa lama?
JANGAN! JANGAN kenakan faedah atau bunga atas pinjaman! Kerana anda bukan pemberi pinjam wang berlesen! Kalau anda letak juga jumlah faedah dalam perjanjian, perjanjian and mungkin jadi tak laku ATAU silap-silap anda kena denda DAN PENJARA dibawah Akta Pemberi Pinjam Wang dengan faedah tanpa lesen. Minimum denda RM 250,000 dan maksimum RM 1,000,000. Banyak tu!
5. Masukkan terma pengingkaran. Contoh: Sekiranya peminjam gagal bayar kes akan dirujuk ke mahkamah. Mahkamah mana? Cari yang berdekatan dengan tempat tinggal anda supaya jimat kos perjalanan nanti.
6. Masukkan syarat bahawa surat menyurat untuk menuntut dari peguam dan dokumen-dokumen mahkamah akan dihantar ke alamat peminjam seperti dalam perjanjian akan dianggap serahan yang sempurna. Jadi tidak perlu bayar kos mengiklankan di surat khabar.
6. Masukkan terma perjanjian turut mengikat waris dalam kes kematian.
Takdir tuhan siapa tahu kalau peminjam meninggal dunia, bagimana? Sekurang-kurangnya boleh tuntut dari aset si mati.
TETAPI UNTUK PINJAMAN yang bernilai kecil sesuai untuk rangka sendiri. TETAPI jika nilai puluhan atau ratusan ribu ringgit, seelok-eloknya lantik peguam.
Bukan apa, kebanyakan kes hutang nilai tinggi ini, bila dibawa ke mahkamah, si peminjam pandai pusing macam-macam alasan dia cari hendak elak bayar hutang.
Kemudian dia cabar perjanjian tidak sahlah. Kononnya dia ditekan suruh tandatanganlah. Kononnya nilai dia terima tak sama dengan perjanjian.
Kalau ada peguam, ada terma-terma khas dan lebih terperinci, malah peguam boleh jadi saksi. Lantik peguam, terutama kes-kes terdapat cagaran hutang.
Sila share, untuk pengetahuan bersama supaya tidak menjadi PEMBERI PINJAM YANG TERANIAYA.
Bagi sesetengah orang, salah makan sayur boleh buat badan berangin sampai perut kembung, sebu atau pening kepala.
Antara sayur yang dikaitkan dengan ‘angin’ adalah pucuk ubi dan nangka muda. Masalahnya dua bahan ini memang sedap kalau dah jadi lauk.
Tapi sebenarnya ada petua yang boleh dilakukan untuk korang yang ada masalah ini agar terus dapat menikmati pucuk ubi atau nangka muda. Dikongsi oleh Mama Sal, ini petua yang diperoleh dari ibunya untuk mengelakkan masalah angin jika mahu memasak pucuk ubi atau nangka.
Bila rebus pucuk ubi atau nangka masuk sekali bahan ini
Petua ini mak dapat dari orang tua tua yang ajar mak, lepas mak dah buat, mak dapat dah me nikmati keenakkan pucuk ubi rebus nak buat ulam tu.
Caranya :
1. Masukkan sedikit beras ketika mahu merebus pucuk ubi.
2. Rebus sampai empuk lembut.
Nak rebus sekali batang boleh, tak nak pun takpa ikut selera. Sebab batang pun sedap bila dah rebus lama lama.
Tip yang sama juga boleh digunakan untuk masak apa apa makanan yang berangin contohnya nangka masak lemak tu. Pun boleh try petua yang sama.
Selain kukus, kuih pau juga boleh digoreng dan pau goreng ini juga ramai peminatnya. Intinya boleh pelbagai, sama macam pau kukus juga. Malah rasanya lagi sedap.
Pau goreng ini lagi nikmat dimakan kalau lembut dan gebu. Untuk dapat hasil pau yang begini ada caranya. Dikongsi oleh Ida Zaida, ini cara buat pau goreng yang lembut dan mudah kembang. Untuk pau goreng ini, intinya kacang merah.
Cara buat pau goreng inti kacang merah yang lembut
Buat pau goreng kacang merah, memang lembut elok. Adun guna mixer saja, sekejap dah kembang. Bagi yang nak resepi saya sertakan.
Bahan A
• 1 paket yis kering mauripan
• 2 sudu besar susu pekat
• Anggaran 1 cawan air suam
• 2 sudu gula
(Campur semua bahan A dan biarkan sehingga berbuih)
Bahan B
• 4 cawan tepung gandum
• 2 sudu besar marjerin
• 2 sudu teh baking powder
• 1 sudu teh garam
(Ramas semua bahan hingga jadi seperti serbuk roti)
Bahan C
• Setengah cawan susu Full Cream/Fresh Milk
Bahan Inti
Pes inti kacang merah
Cara membuat:
1. Campurkan bahan A, B dan C kemudian adun guna mixer atau pun uli.
2. Kemudian perap sekejap bagi kembang. Selepas itu pastu tumbuk doh yang kembang tadi untuk buang angin.
3. Selepas itu boleh bentukkan doh bulat-bulat dan masukkan inti kacang merah (inti kacang merah ini boleh beli yang siap di bakeri atau online (klik SINI).
4. Agak-agak doh mengembang hampir 2 kali ganda saiz asal boleh mula menggoreng dengan api sederhana. Tapi pastikan minyak betul-betul panas.
Nak buat inti selain kacang merah pun boleh juga.
INFO: Pau goreng ini juga boleh di frozen. Caranya sewaktu menggoreng, goreng suku masak saja. Kemudian angkat dan biar sejuk. Lepas itu boleh dipek dan simpan dalam bahagian sejuk beku peti ais.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...