Cara Buat Mi Hailam Special Paling Mudah Tapi Punyalah Sedap, Confirm Makan Berulang!

Share

 

Ada masa ketika berbuka kita terasa nak makan hidangan selain dari nasi. Jika selera teringin yang begini mi hailam ini antara menu yang sesuai.

Hidangannya pun lengkap, penuh lauk dan ada sayur. Lagi special ia ditumis dengan lada hitam jadi ada rasa pedasnya.

Bagi yang nak cuba boleh ikut resipi mi hailam istimewa dari Hasniza Hassan. Punyalah sedap katanya sampai suami pernah minta masakkan menu ini lima hari berturut-turut untuk berbuka puasa.

Cara buat mi hailam special paling senang & sedap!

Bahan-bahan

11 ulas bawang putih – dikisar/ tumbuk
1 sudu besar biji lada hitam – ditumbuk kasar
Daging yang dipotong kecil-kecil (rebus dulu untuk cepat)
1 mangkuk stok air udang, kalau ada
15 ekor udang (kuantiti ikut citarasa)
4 ekor sotong yang dihiris (kuantiti ikut citarasa)
1 biji tomato dibelah 2
1-2 biji cili merah dipotong
Kobis dihiris dan sawi dipotong
Kicap masin, kicap manis dan sos tiram secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Nota: kuanti bahan ini untuk 1 – 1 1/2 peket mi:

Cara membuat
  1. Tumis bawang putih dan lada hitam hingga garing.

2. Masukkan daging dan tambah air. Boleh masukkan stok air rebusan daging/kulit udang kalau ada. Biarkan mendidih. Pastikan daging empuk.

3. Masukkan kicap masin, kicap manis dan sos tiram.

4. Masukkan udang dan sotong. Jangan lama sangat nanti kecut.

5. Masukkan cili merah dan tomato. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.

6. Terus masukkan kobis.

7. Apabila mendidih masukkan sawi. Tambahkan juga tepung jagung untuk pekatkan kuah.

8. Gaul rata kemudian masukkan mi. Kacau dan biar hingga mi masak.

9. Terus hidang untuk makan panas-panas. Kalau biar lama mi akan kembang.

Selamat mencuba.

Sumber: Hasniza Hassan

IKLAN