Selain pizza, spageti, lasagna mushroom soup dan garlic bread antara hidangan western yang satu famili suka makan.
Tapi kalau makan di luar harga hidangan ini boleh tahan juga mahalnya. Sedangkan nak buatnya tak sesusah mana dan yang penting lagi sedap kalau buat sendiri. Tak perlu pun pakai sup segera dalam tin.
Garlic bread pula tak perlu beli roti Perancis bagai, pakai roti keping Gardenia itu pun boleh.
Mushroom soup paling sedap & senang
Resipi ini dikongsi oleh Fitri Norshakila Muhamad. Katanya sedap kalah mushroom soup restoren pizza yang popular tu. Sesuai dimakan pagi petang dan malam!
Bahan-bahan :
1 biji bawang besar
1 labu bawang putih
3 batang celery
1 paket cendawan shitake
1 paket cendawan (ikut suka jenis cendawan yang nak dimasukkan)
1 tin susu sejat
2 sudu Italian herbs
Garam dan gula secukup rasa
Ads
Cara membuat:
Tumis bawang putih dan besar.
Masukkan cendawan, celery yang dah dipotong kecil. Sebelum itu asingkan 5 biji cendawan shitake dan potong dadu untuk dimasukkan kemudian.
Masukkan air sehingga paras semua bahan tenggelam. Masak hingga cendawan, celery dan layu. Tutup api. Sejukkan.
Blend bahan-bahan ditumis yang dah disejukkan tadi. Kemudian masuk dalam periuk, masak lagi.
Masukkan 1 tin susu sejat, cheese dan cendawan shitake yang dipotong dadu.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Cara buat garlic bread guna roti keping saja
Cara penyediaan garlic bread dari roti keping ini dikongsi oleh Nana Sabrina Sarsan. Mudah sangat.
Bahan-bahan:
Ads
1 pek roti jumbo Gardenia
Bawang putih – kuantiti ikut cita rasa
2 sudu makan daun parsley kering atau oregano
1 buku salted butter
Cara membuat:
Bawang putih ditumbuk kasar (saya lebihkan bawang putih). Saya tak bakar atau goreng, tumbuk terus lagi wangi).
2. Campurkan semua bahan hingga rata.
Ads
3. Sapu pada roti, bakar dlm suhu 180 ke 200 api atas bawah, bakar hingga warna bertukar perang dalam 15 ke 20 minit.
4. Siap, sedia dihidang dengan mushroom soup tadi.
Bila teringin nak makan spageti carbonara, teringat sos yang dah siap dalam tin. Macam-macam jenama ada. Tapi bila masak kuantitinya sikit saja. Kena beli 2 tin baru cukup kalau nak makan sekeluarga.
Sebenarnya daripada beli lebih baik buat sendiri sebab cara membuat sos carbonara ini tak susah mana pun. Jimat juga, sekali buat dapat sekuali. Hasilnya pun puas hati sedap, pekat likat! Resipi perkongsian Arieza Rieza.
Homemade sos carbonara pekat likat
Bahan sos creamy carbonara (untuk sebungkus spageti):
Mentega Bawang holland – potong dadu Tepung gandum – 3 sudu makan Air – 3 cawan Susu full cream – 4 cawan Tatura cream cheese – yang kecil dibelah dua. Ambil sebahagian dan kisar dengan air supaya tak berketul. Garam, lada hitam, oregano Daging cincang Sosej dipotong kasar Lada benggala
Langkah membuat:
Panaskan mentega kemudian masukkan bawang holland. Tumis sehingga keperangan
Masukkan daging cincang, kacau sehingga masak.
Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau sehingga keperangan sedikit.
Dah agak kering masukkan air dan kacau jangan sampai berketul. kemudian masukkan susu full cream. Kalau pekat tambah lagi susu.
5. Masukkan ke semua bahan lain termasuk cream cheese. 6. Rasa, kalau semua dah ok tutup api dan hidang bersama spageti.
Masuk rumah terus hidu aroma semula jadi sitrus, memang menyegarkan. Apatah lagi sekarang masa kita lebih banyak berada dalam rumah.
Selalunya untuk hadirkan bau ini kita akan beli pewangi rumah yang banyak dijual. Tapi sebenarnya kita boleh hasilkan sendiri pewangi sitrus ini dengan cara paling semula jadi dan caranya mudah sangat.
DIY pewangi sitrus untuk kediaman ini dikongsi oleh Cikgu Nida.
Wangian rumah sitrus dari buah oren
Bahan-bahan:
Limau oren
Bunga cengkih
Bunga telur atau bunga hiasan terpakai
Lidi satay (boleh juga guna kayu pencungkil gigi)
Cara membuat
1. Cucuk hujung lidi satay yang tajam pada buah oren untuk buat lubang.
2. Kemudian cucuk bunga cengkih pada lubang tadi (letak lebih supaya tahan lebih lama).
3. Dah selesai cucuk pada buah oren boleh hias ikut kreativiti.
Tahan 3 minggu hingga sebulan
Wangi sitrus ini tahan tiga minggu atau satu bulan tanpa buruk. Proses merempah semula jadi dari bunga cengkih dan gabungan spesies sitrus menjadikan proses awetan yang nyah kuman dan bau.
Haruman sitrus ini boleh hilangkan bau masakan di dapur, menjadikan aroma dalam bilik tidur lebih tenang. Tambah pula dengan cahaya malap. Boleh juga diletakkan dalam tandas untuk bau yang menyegarkan.
Ramai bertanya boleh gunakan buah lemon atau tidak. Jika guna lemon baunya tidak sekuat oren.
Selalu masak asam pedas ikan, daging tapi asam pedas ayam jarang orang buat. Malah ada yang kata pelik. Cuma bagi orang Johor ini menu biasa.
Bagi yang nak cuba asam pedas ayam ini boleh ikut perkongsian Amoy Sally. Resipi dari orang Johor sendiri.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
4 biji bawang merah -kisar
5 ulas bawang putih -kisar
2 inci kunyit hidup -kisar
1 inci halia -kisar
Lada hitam -kisar
Cili kisar -kuantiti ikut tahap kepedasan yang dikehendaki
2 batang serai -diketuk
Daun kesum -letak banyak lagi sedap
Daun limau
Bendi
Tomato
Cara membuat:
1. Panaskan minyak (kena guna minyak yang banyak) masukkan serai yang diketuk. Tumis sampai naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan kisar kecuali cili kisar. Tumis sampai naik bau baru masukkan cili kisar.
3. Tumis lagi sampai cili betul-betul masak dan garing (Pastikan tutup kuali supaya dapur tak kecah).
4. Bila cili dah garing bolelah masuk ayam. Bila ayam dah agak kecut baru masukkan air agak-agak paras ayam.
Kemudian bolehlah masukkan perasa masukkan daun kesum, daun limau, bendi, tomato.
Akhir sekali masukkan air asam jawa.
🌶Air boleh tambah, banyak mana nak.
🌶Minyak lebih yang terapung boleh senduk keluar.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...