Cara Buat Nasi Ayam Paling Jimat Masa. Nasi & Ayam Masak Sekali!

Share

 

Nak makan sedap tapi cepat siap boleh buat nasi ayam Thai ini. Memang jimat masa sesuai untuk korang yang ada banyak kerja nak buat.

Jimat masa sebab nasi dan ayam dimasak sekali. Nak buatnya pun mudah.
Boleh ikut perkongsian dari Khas Fena.

Jimat masa sebab nasi dan ayam masak sekali!

Kalau korang rasa nak masak benda yang menjimatkan masa, Nasi Ayam Thai
ini memang sesuai sangat. Sebab ayam tu campak sekali beras, masak, siap!
Kalau nak tahu cara masak, boleh tengok resipi ada di setiap gambar ok.
Resipi ini sesuai untuk dua orang makan. Selamat mencuba!

1. Bahan untuk nasi & ayam

Ayam 4 ketul
2 inci halia dihiris
Sebiji bawang besar dihiris
1 kiub ayam
Akar ketumbar

2. Masukkan air dalam periuk, masukkan empat ketul ayam dan bahan bahan
yang dah disiapkan tadi. Letak garam sikit. Didihkan sekejap. Tak perlu lama lama sebab nanti kita nak masuk ayam dalam rice cooker pulak kan.

3. Sambil ayam mendidih tu, basuh 2 cawan beras dan toskan air.

4. Masukkan 3 cawan air rebusan ayam ke dalam periuk yang berisi beras
tadi. Susun ayam atas beras dan masak nasi macam biasa. Simpan sikit air rebusan ayam untuk sup & sos.

5. Ini nasi yang dah siap dimasak.

6. Kita sediakan sos pulak.

Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih ditumbuk lumat
3 biji cili padi ditumbuk lumat (tiada dalam gambar)
3 biji cili padi dihiris halus
Daun ketumbar dihiris halus

7. Masukkan 2 sudu makan sos cili Thai, saya guna brand Life. Kemudian
masukkan 1 sudu teh kicap manis. Memang pakai sikit sebab kalau letak
banyak nanti sos nampak gelap sangat & tak cantik.

8. Masukkan 2 biji jus limau kasturi.  Letak garam sikit sesedap rasa. Gula tak perlu sebab sos thai tu sendiri dah manis.

Sos ini cair & kena ada rasa pedas masam manis masin yang seimbang okeh.
Tapi lebihkan rasa pedas tu baru best.

9. Hias dengan sesame seed. Yang ni nak cantik je tak letak pun takpe. Okay
siap sos.

10. Cara buat sup

Kita adjust air rebusan tadi untuk buat sup. Masukkan 1 sudu teh serbuk
blackpepper.

Letak garam sikit. Biarkan mendidih sekejap. Lepas tu tabur daun sup masa nak
hidang. Done!

 

Siap untuk dihidang

Boleh letak hirisan, timun dan tomato juga.

 

Selamat mencuba!

Sumber:  Khas Fena

 

IKLAN