Nasi goreng paling sedap adalah nasi goreng yang mak kita buat. Nasi goreng ini memang legend sebab tak letak perencah pun tapi tetap sedap sampai kita teringat-teringat hingga sekarang.
Bersyukurlah kalau masih ada ibu, boleh merasa lagi air tangannya ini. Tapi bagi yang dah tiada tapi teringin sangat nak makan boleh cuba buat sendiri.
Dalam keadaan ekonomi sekarang mungkin ramai yang tak berani membuat keputusan membeli rumah atau hartanah.
Tapi ada juga yang tekad untuk membeli kerana keperluan. Bagi anda yang terpaksa membeli rumah ketika ini sebaiknya lakukan perkara seperti yang disarankan Azizul Azli Ahmad yang juga perunding hartanah.
Bila ekonomi perlahan dan kita tetap perlu beli rumah juga. Lakukan ini.
1. Manfaatkan kadar rendah yang bank sedang berikan ini.
2. Jangan beli kediaman yang tak siap lagi. Ada banyak kediaman berlebihan hari ini. Takut rumah kita terbengkalai nanti
3. Melawat dan lihat kawasan perumahan tersebut, jika dapat 2 waktu berbeza. Siang atau malam.
4. Lihat orentasi matahari kediaman kita nak beli. Matahari petang sebaiknya jangan ada di bilik utama, ruang tamu atau dapur kita. Panasnya luar biasa.
5. Pertimbangkan rekabentuk yang kurang mengunakan kaca. Semakin banyak kaca, makin tinggi kesan rumah haba.
6. Cari kediaman yang bumbungnya lebar, agar bumbung boleh lindungi badan bangunan dari haba atau hujan berleluasa.
7. Elakkan beli dekat kawasan kumbahan atau loji IWK.
8. Lihat persekitaran, apakah di situ ada ladang ayam atau ladang khinzir. Ada satu projek mega disini dekat dengan ladang ayam. Dari pagi sampai malam lalat boleh penuh satu talam.
9. Belajar baca lokasi pelan, apa pembangunan akan datang dekat rumah kita. Adakalanya sekolah jadi punca jam keluar masuk rumah taman kita.
10. Jangan mudah percaya apa janji ejen pada kita. “Kita bagi kipas, lampu dan table top percuma”. Semua itu harus ada dalam SNP baru boleh percaya.
11. Belajar negosasi diskaun lain dari pemaju, jangan mudah kagum jika dapat aircond percuma. Itu semua dah termasuk harga.
12. Bahagikan harga kediaman dengan keluasan lantai. Kita akan dapat harga RM psf. Bandingkan dengan projek bersebelahan jika rumah kita beli RM250psf berbanding RM450psf projek lainnya.
13. Jangan gelojoh nak beli rumah, lihat satu dah berkenan. Lihat dulu 10 rumah baru buat keputusan.
14. Ketahui hak anda sebagai pembeli, jangan cepat redha jika kualiti buruk dapat nanti. Hutang kita 30 tahun menanti. Kita bukan beli rumah setiap hari.
Ini antara sambal kegemaran ramai, bukan orang Jawa saja suka. Sambal ini boleh jadi lauk tapi ratah pun sedap. Sebab itu kalau masak kena buat banyak terus, takut tak sempat jadi lauk semua diratah.
Untuk buat sambal tempe ikan bilis dan kacang boleh ikut perkongsian Sharinaz Redwan. Sambal ini katanya boleh tahan lama hingga dua bulan jika betul cara masaknya.
Bahan-bahan
-6 peket tempe – hiris nipis, goreng betul-betul rangup.
-2 cawan ikan bilis – cuci, goreng bagi rapuh (jika lepas goreng jadi lemau, cuba masuk air fryer kejap, insyaAllah rangup balik)
-500g kacang tanah – cuci, tos, goreng
Bahan untuk sambal:
-2 senduk cili blend – guna cili kerinting yang pedas lagi sedap
-3 biji bawang merah – kisar
-5 ulas bawang putih – kisar
-1 ketul gula kabung
-4 keping asam keping
-Garam secukupnya
-Minyak goreng tempe
Cara membuat
1. Tumis bahan yang dikisar bersama dengan gula kabung dan asam keping, sampai pecah minyak.
2. Kena masak lama sampai cili garing.
3. Bila dah garing, tutup api dan biar kejap.
4. Kemudian letak garam dan boleh masuk tempe, kacang dan ikan bilis yang dah siap digoreng tadi. Gaul hingga rata.
5. Siap dah boleh makan. Jika nak simpan, letak dalam bekas kering.
Nak makan nasi sorang je dan bila masak dalam rice cooker jadi berkerak pulak. Sudahnya nasi dapat sikit saja, nak kena basuh periuk lagi. Leceh la juga.
Sebenarnya jika nak masak nasi dalam kuantiti sikit atau sorang makan ada cara yang lagi mudah dan tak membazir akibat kerak. Caranya masak nasi guna mug atau cawan saja. Langkahnya dikongsi oleh Amalina Aziz.
1. Ambil beras dalam setengah mug dan basuh seperti biasa. Kalau nak 2 mug nasi, buat lagi satu.
2. Kemudian isikan air ke dalam mug agak-agak sampai hampir penuh. Beras tadi anggarkan dalam separuh mug.
Saya guna mug seramik kaca supaya tak pecah. Boleh juga guna cawan / bekas stainless steel kalau ada.
3. Kemudian, isikan pula air dalam periuk rice cooker lebih kurang separuh penuh.
4. Akhir sekali, boleh tekan butang ‘cook’ dan masak macam biasa.
Tadaa…. Beginilah hasilnya bila dah siap masak. Senang saja kan?
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...