Cara buat nasi jagung ini dikongsi sendiri oleh tukang masak kenduri yang biasa menyediakannya untuk santapan majlis.
Nasi ini kalau dimakan begitu saja pun dah sedap kerana ada butiran jagung yang ditanak sekali dengan nasi.
Selalu dihidang bersama lauk ayam masak merah atau kari daging dan dalca, nasi ini boleh juga jadi pengganti nasi minyak, nasi tomato atau nasi beriani kerana hidangannya lebih kurang sama.
Cara buat nasi jagung yang sedap
Bahan-bahan
10 kg beras (beras basmathi Jasmine pusa cream) -basuh dan toskan
1 1/2 kg minyak jagung untuk menumis
3 tin Susu cair
1 atau 2kg jagung butir (frozen)
Air – sukat sama banyak dengan beras 1:1
Bahan tumis
3 biji bawang merah
1 labu bawang putih
500g halia
Daun sup
Daun bawang
Rempah 4 sekawan
Ads
Cara memasak nasi jagung
1. Dalam periuk, panaskan minyak jagung dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia dimayang. Masukkan sekali daun sup, daun bawang dan rempah 4 sekawan.
2. Selepas bahan tumis garing masukkan air yang telah disukat. Masak hingga didih kemudian bubuh garam, serbuk perasa dan gula. Kacau.
3. Masukkan sedikit perisa jagung, butir jagung frozen dan susu cair. Kemudian masukkan beras yang telah ditoskan tadi.
Ads
4. Kacau nasi hingga air hampir kering seperti gambar di bawah. Tutup periuk dan tindih dgn pemberat. Kecilkan api.
Jika menggunakan dapur lingkar 4, tutup semua api bahagian dalam dan kecilkan api bahagian luar sekecil-kecilnya. Bermula dari sini set masa 15 – 20 minit barulah buka penutup periuk. Tanak sehingga nasi masak.
Ads
5. Inilah rupa nasi jagung yang dimasak sempurna
INFO
Sukatan resipi nasi jagung ini untuk 120-130 orang makan.
Bihun sup segera ini memang ramai peminatnya. Supnya jernih namun sedap sangat. Tapi kan kalau dah namanya segera, nak makan selalu pun tak elok juga.
Jadi alternatifnya kita kenalah buat sendiri apalagi jika anak-anak suka sangat makan bihun ni. Homemade lagi sihat kan. Macam mana nak buat? Boleh ikut resipi bihun Pama Homemade yang dikongsi oleh Cik Pooja ini.
Bihun Pama Homemade, 10 minit siap
Rasanya tetap sedap, paling penting hidangan ini ringkas dan senang nak buat. 10 minit dah siap.
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 ketul kiub pati ayam
1 sk lada sulah (yg putih )
Sedikit daun sup dan daun bawang (dipotong)
1 liter air (1 jag kecil)
Secubit garam (jika perlu)
Bihun (segenggam)
*Kuantiti bahan untuk 2 orang makan
Cara membuat
1.Panaskan minyak secukupnya.
2.Tumis bawang putih sampai kekuningan keemasan
3. Masukkan air, kiub pati ayam,lada sulah, daun sup, daun bawang (lada sulah itulah yang sebenarnya buatkan rasa dan bau bihun kita jadi macam bihun Pama, wajib ada bahan ni).
4. Bila dah menggelegak kuahnya, masukkan bihun.
5. Reneh sampai bihun masak elok, kalau kurang masin masukkan sedikit garam.
6. Siap untuk dihidang!
TIP
Kalau suka pedas, boleh taburkan serbuk cili/ chili flakes
Nak tambah isi ayam atau lobak dipotong dadu pun boleh. Lagi sedap!
Biasanya bila berbuka puasa mesti ada kuih muih sebagai hidangan pembuka. Salah satu yang sedap disantap bila iftar adalah puding. Bukan saja sedap, sejuk saja bila lalu di tekak.
Antara puding yang enak untuk kita sediakan adalah puding lumut butter, dikongsi oleh opah Mas Cotek cara membuatnya juga mudah. Rasanya tengok saja pun dah tahu sedap dan berlemak.
Cara buat puding lumut butter
Opah share lagi untuk kome aje…
Bahan Puding Lumut:
1 paket serbuk agar-agar (10gm)
150 gm gula pasir
125 gm santan pekat
550 ml air
100 ml jus pandan dari 10 helai pandan
2 biji telur (pecahkan, kacau lebih kurang sahaja menggunakan garpu)
1/4 sdt garam
1 sdt esen vanilla
1 sdt pewarna hijau
Cara membuat:
1. Satukan kesemua bahan, kacau sebati. Tapis jika perlu.
2. Didihkan dengan api perlahan, kacau sesekali sahaja
3. Apabila lumutnya timbul di permukaan, tutup api dan biarkan wap panasnya hilang
4. Tuang ke dalam acuan/loyang, sejukkan.
Info: Untuk loyang brilliance nordicware ni opah buat 1 1/2 adunan puding lumut
Bahan Puding Mentega
Bahan A
3 biji kuning telur
100 gm mentega dicairkan
1 sdt esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis
(kacau sebati menggunakan whisk/ketepikan)
Bahan B
1 paket serbuk agar-agar
4 sdb gula pasir
550 ml air
Cara membuat:
1. Masak bahan B sehingga larut dan meruap.
2. Kemudian masukkan Bahan A, kacau sebati
3. Biarkan mendidih/tutup api
4. Tunggu sehingga wap panasnya hilang, tuang ke atas puding lumut dan sejukkan
5. Cakar-cakar sedikit permukaan puding lumut baru tuang adunan puding mentega supaya melekat. Sejukkan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...