Cara buat pasembur sesuai sangat untuk mereka yang menggemari hidangan hidangan rojak dari negeri Utara ini. Takkanlah nak ke Penang semata-mata untuk menikmati hidangan ini saja, tambah lagi waktu cuti sekolah ini. Dah tentu sesak.
Kalau teringin elok belajar buat sendiri pasembur ini. Paling penting kena tahu cara membuat kuahnya. Bahan-bahan untuk rojak memang boleh saja kita sediakan sendiri. Ikut suka nak letak apa tapi asasnya kena ada sengkuang, timun, tauge, telur, tauhu, kentang dan cucur.
Menariknya bila memasak sendiri kuah pasembur ini, kita boleh kurangkan manisnya atau tambah pedas ikut citarasa.
Cara buat kuah pasembur
Ads
Bahan-bahan
2 sudu makan udang kering -kisar*
3 sudu makan serbuk cili -bancuh dengan air*
2 kpg gula Melaka*
500gm ubi keledek -rebus dan kisar
1 cawan kacang tanah -sangai dan kisar halus
1/2 cawan bawang goreng -dikisar
2 sudu makan kicap.
Garam dan gula pasir secukupnya
1/2 cawan tepung jagung
Air asam jawa
Cara membuat
1. Masukkan bahan yang bertanda dalam periuk. Tambah dalam 2 cawan air dan air asam jawa.
Ads
2. Masak sampai hilang bau cili.
3. Masuk ubi keleder kisar, garam, gula, kicap dan 1 liter air.
4. Masak sampai mendidih, kemudian masukkan kacang tanah serta bawang goreng kisar. Kuah pastikan tak terlalu pekat atau terlalu cair.
Ads
5. Apabila kuah mendidih masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dgn sedikit air. Perasakan manis, masin ikut citarasa. Biarkan seketika sebelum tutup api.
Sebelum ini pernah viral hidangan daging harimau menangis. Tapi yang yang dikongsi oleh Sarina Seman ini lagi special.
Katanya berinspirasikan resipi daging bakar Thai tapi ditukar bagi disesuaikan dengan mereka yang suka makan ayam. Makan dengan sos pedas memang boleh mengalir air mata.
Ayam Bakar Ala Thai Siap Dengan Sos Pedas
Bahan-bahan:
Ayam – potong 4, guna bahagian peha dan betis, buang tulang.
Bahan perapan :
Akar ketumbar
Bawang putih
Gula perang
Sos ikan
Kicap pekat
Lada sulah/hitam
Minyak
Cara membuat ayam bakar:
Kisar semua bahan perapan dan lumur pada ayam.
2. Perap sekurang-kurangnya 3 jam. Boleh perap dan simpan di bahagian chiller. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.
3. Untuk bakar ayam, panaskan non stick pan. Kemudian letak sedikit minyak bakar dengan api kecil. Boleh juga gunakan oven.
Bahan untuk sos pencicah:
Sos ikan
Air asam jawa
Perahan limau nipis
Gula kabung/nisan Thai
Serbuk cili kasar
Beras goreng -tumbuk atau kisar
Daun ketumbar (cincang)
Akar ketumbar (cincang)
Cili padi (cincang)
Bawang merah (cincang)
Bawang putih (cincang)
Cara membuat sos:
Satukan semua bahan dan sesuaikan rasanya. Lebihkan cili jika mahu rasa pedas. Hidangkan dengan ayam bakar yang dihiris.
Boleh makan dengan nasi atau ratah dan cicah dengan sos. Ayam ini juga sesuai untuk yang berdiet.
Sawi antara sayur kegemaran dan juga selalu ditanam sekitar rumah. Ia antara yang mudah untuk ditanam terutama bagi yang baru mencuba bercucuk tanam.
Meski mudah tapi jika tak dijaga mengikut cara yang betul, sayur sawi mungkin akan kekuningan dan terbantut, dan tak hijau.
Jika berlaku mungkin panduan yang dikongsi oleh Liyana Mohd Poad ini boleh dijadikan panduan.
Tip supaya daun sawi betul-betul hijau, tak kuning
Bagaimana nak bagi sawi yang kita tanam betul betul hijau dan tidak berwarna kuning atau terbantut pembesarannya?
Caranya, guna sekam padi dalam media semaian dan ketika pindah untuk ditanam. Lagi banyak sekam padi lagi bagus. Sawi ini berumur lebih kurang 5 minggu.
Saya terus petik dan tak akan tunggu sehingga lebih 6 minggu ataupun 2 bulan.Sebabnya kalau lebih daripada 2 bulan,batangnya akan keras dan bila dimakan ia tidak rangup dan rasa berserat.
Sembur dengan bancuhan cuka kayu
Selain daripada sekam, elok juga amalkan penggunaan cuka kayu. Rata rata masalah tanaman adalah daun kuning, layu, lecur, mati, diserang ulat dan serangan bena dan sebagainya.
Jadi pastikan setiap rumah yang nak brkebun walau sekangkang kera, ada sebotol cuka kayu (apa apa jenama pun boleh). Bancuh ikut sukatan ini berikut;
Bancuh 2 ml cuka kayu bersama dengan 1.5 l air biasa. Kemudian sembur ikut keperluan.
Spray pada keseluruhan daun, batang dan juga tanah, tiada masalah. Spray pada tanaman seminggu dua tiga kali pun boleh.
Ianya sangat efektif untuk akar, kemunculan tunas baru, penghijauan daun, elakkan masalah bena dan ulat serta meneutralkan pH tanah.
Selalu saja makan kuih lompang tapi tak teringat pun nak cuba buat sendiri. Walhal buat kuih ini mudah juga sebenarnya.
Guna guna cara buat kuih lompang yang dikongsi oleh Fadzian Fadzir. Ujarnya kuih lompang ini rasanya makan versi mak-mak kita buat.
Bahan-bahan
3 cawan air
2 1/2 cawan tepung beras
2 sudu tepung ubi
1 cawan gula dan 1 cawan air (masak higga mendidih)
Pewarna yang disukai
Kelapa parut & secubit garam ( untuk atas kuih)
Cara membuat:
1. Campur tepung beras, tepung ubi bersama 3 cawan air. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan air gula dan tapiskannya.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang disukai.
3. Panaskan dahulu periuk kukus dan acuan selama 5 minit. Apabila acuan dah dipanaskan kemudian masukkan adunan dan kukus sehingga masak.
4. Tanda kuih ini masak bila ada kesan lekuk( lesung pipit) di tengah kuih.
Tip kuih tak melekat pada acuan,oleskan sedikit minyak masak di acuan sebelum dikukus.