Cara Buat Penyiram Auto Dari Botol Mineral, Pokok Tak layu Kalau Kena Tinggal Balik Kampung

Share

Kalau tanam bunga atau sayur di rumah memang mudah sangat layu kalau terlupa siram. Apa lagi jika kena tinggal lama bila balik kampung atau kena pergi outstation.

Supaya pokok kekal disiram sepanjang ketiadaan di rumah kita boleh DIY penyiram auto dari botol mineral seperti dikongsi oleh Jason Jezi.

Balik kampung untuk cuti raya nanti boleh buat.

Cara buat penyiram auto mudah

1. Sediakan botol mineral kecil, jika nak tinggal lama boleh gunakan botol yang besar.

2. Buat lubang pada bawah botol dan juga penutup botol.

3. Cucuk skru kecil pada lubang di penutup botol. Buka sikit skru ini supa dapat mengalirkan air.

4. Ambil 2 batang kayu chop stik atau lidi sate dan lilitkan dengan selotep.

5. Isi air dalam botol, terbalikkan. Cucuk kayu ke dalam pasu tanaman. Anda akan dapati air akan menitis melalui skru pada penutup botol.

6. Air siraman ini akan bertahan selama lebih kurang 3 hari. Jika nak lebih lama, boleh guna botol besar lagi.

Boleh juga tonton DIY ini di TikTok Jason Jezi

@jason_jezi Balik kampung pokok bunga tak ada org jaga. Cara ni dapat bantu #auto siram pokok #Tiktokguru #jombelajar #learnontiktok #tips #hack ♬ original sound – what happened to us.

Selamat mencuba

IKLAN