Makan

Cara Buat Phad Thai Udang Yang Sedap, Sekali Rasa Gerenti Masak Selalu

Share

Hidangan mi goreng, bihun atau kuetiau goreng boleh kata dimakan setiap hari. Kalau rasa bosan, apa kata ubah cita rasa buat phad thai pula.

Seakan kuetiau goreng tapi phai thai lebih halus. Hidangan ini biasanya kita dinikmati di restoren Siam tapi boleh saja dibuat di dapur sendiri. Nak lagi sedap buat phad thai udang. Caranya dikongsi oleh Rozmaliza Omar

.

Ujar beliau, pertama kali menikmatinya di kedai Siam terus jatuh suka. Rasanya lebih kurang sama dengan kuetiau goreng cuma bahan yang digunakan adalah berbeza.

Cara buat Phad Thai Udang

Bahan-bahan

1 paket mi phad thai direndam dengan air panas (boleh guna kuetiau halus)
6 bawang putih -dicincang
1 keping tauhu -didadu dan digoreng
10 ekor udang segar
Daun bawang- dipotong panjang
1 mangkuk tauge
2 biji telur – dipukul sedikit
3 sdb lobak masin -hiris kecil

Bahan sos phad thai

Air asam jawa
Gula melaka/ gula perang
Sos ikan thai
*Bahan sos disatukan semuanya dan seimbangkan masin, masam dan manisnya.

Bahan tabur

Kacang tanah goreng -ditumbuk kasar
Chilie flakes & hirisan daun ketumbar/sup

Cara membuat

1. Tumis bawang putih hingga wangi, masuk udang dan masak seketika.

2. Masukkan phad thai, tauge, tauhu goreng, daun bawang, lobak masin dan tuangkan sos pad thai lalu gaul rata.

3. Ketepikan phad thai, tuang telur kacau hingga telur masak garing setelah itu gaul sebati.

4. Tabur chilli flakes, kacang tanah tumbuk, hirisan daun ketumbar dan hirisan limau nipis semasa menghidang phad thai goreng.

Selamat mencuba.

Sumber: Rozmaliza Omar

IKLAN