Popia carbonara ini antara kuih enak yang boleh kita hidangkan untuk iftar atau pun moreh. Ia juga boleh kita buat sendiri dan disejuk beku, bila nak makan goreng saja.
Cara ini lebih jimat kerana harga kuih ini pun agak mahal, lebih kurang RM1 satu ketul. Dah tentu kita tak beli banyak.
Supaya puas makan, lebih baik buat sendiri. Agar dapat hasilkan popia carbonara yang elok cantik, tak meletup dan terburai bila digoreng boleh ikut perkongsian dari Ida Zaida ini.
Popia carbonara cantik, tak meletup bila digoreng
Bahan-bahan inti
1 tin cendawan
1 cawan hirisan ayam
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 paket isi ketam
1/2 batang lobak merah
Garam, gula, perasa
1 botol sos Prego carbonara/2 tin sos Prego
1 sudu makan minyak masak
Kulit popia (jenama KG)
Bancuhan tepung gandum & sedikit air supaya kulit popia melekat tidak terburai.
Ads
Cara membuat
1. Potong dadu semua bahan ini.
2. Tumis bawang putih,bawang merah dengan minyak masak.
3. Seterusnya masukkan isi ayam, sos Prego, isi ketam, cendawan,lobak merah. Kacau rata.
4. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa. Masak sampai pekat.
Ads
5. Bila sudah masak sejukkan dalam peti ais kemudian barulah digulung.
6. Ambil sehelai kulit popia letakkan inti tapi jangan banyak sangat supaya kulit popia tak basah.
Ads
7. Lipat dan gulung, letak bancuhan tepung gandum dan air hujung popia supaya melekat.
8. Untuk menggoreng, guna minyak yang banyak dan panas tapi api mesti perlahan supaya cantik bila digoreng.
INFO: Inti popia boleh ikut cita rasa dan bajet boleh juga guna gunakan sosej, isi ayam dan lobak saja.
Berita kanak-kanak maut akibat tercekik memang berlaku. Sama ada berpunca dari buah, makanan, duit syiling malah juga mainan. Terbaru ada anak yang meninggal akibat tercekik makanan ringan.
Kita mohon dijauhi dari berlaku pada ahli keluarga kita. Tapi pada masa yang sama ibu bapa juga perlu belajar teknik yang betul untuk menyelamatkan nyawa jika ia berlaku kepada anak kita.
Teknik untuk mengeluarkan bendasing atau makananan dari tekak ini dikenali sebagai Teknik Heimlich.
Perlu diketahui juga ada beza untuk melakukan teknik ini pada bayi bawah setahun dan juga kanak-kanak. Sebaiknya semua ibu bapa belajar skil ini.
Jika bayi kurang daripada setahun
1.Pegang bayi menggunakan satu tangan dengan kedudukan kepala ke bawah, lebih rendah daripada badan.
2. Kemudian tepuk di antara tulang belikat menggunakan satu tangan sebanyak 5 kali. Perhatikan jika objek atau bendasing sudah keluar atau tidak.
3 Jika makanan tidak keluar, baringkan bayi. Menggunakan dua atau tiga jari tekan tengah dada bayi sebanyak 5 kali.
4. Jika bayi masih lagi tercekik ulang kaedah 1-3 sehingga bantuan kecemasan tiba.
Teknik untuk kanak-kanak dan remaja
1. Tundukkan badan kanak-kanak (boleh juga minta anak duduk) lalu tepuk lima kali di antara tulang belikat menggunakan sebelah tangan. Perhatikan jika objek sudah keluar atau tidak.
2. Jika tidak keluar, letak sebelah tangan di belakang badan anak. Sebelah lagi tangan di bahagian dada lalu tekan dada anak menggunakan bahagian bawah telapak tangan sebanyak 5 kali. Lihat sama ada objek sudah keluar atau tidak.
3. Jika tidak ulang langkah 1 dan 2 hingga bantuan sampai.
Cara buat teh moringa dari daun segar. Kaedah ini lebih mudah, tak perlu dijemur atau diproses malah khasiatnya lebih tinggi.
Kalau ada tanam pokok moringa atau pokok kelor di rumah boleh manfaatkannya. Sayang kalau tak digunakan kerana khasiat daun kelor ini sangatlah banyak.
Bukan saja daun, buah, bunga, akar, malah sekam dan minyaknya mempunyai khasiat perubatan kerana mempunyai pelbagai jenis vitamin, mineral serta antioksidan yang sihat.
Cara paling mudah untuk mendapat khasiatnya adalah dengan membuat teh daripada daun moringa yang segar. Sangat senang, kerana cuma petik daun dan rebus saja. Caranya dikongsi oleh Harun Arun
Cara Buat Teh Moringa Dari Daun Segar
Petik daun moringa sebanyak 4–5 pelepah. Pastikan daun segar dan tak layu.
Cuci bersih daun moringa dalam air mengalir. Toskan.
Didihkan 2 gelas air dalam periuk.
Masukkan 2 cawan daun moringa yang sudah dibasuh ke dalam air yang sedang mendidih.
Biarkan selama 2–3 minit, atau sehingga daun rasa mula lembut. Padamkan api.
Tutup periuk dan biarkan selama 10 minit agar aroma dan khasiat terserap.
Hidangkan teh moringa suam, boleh tambah hirisan lemon, madu atau pemanis lain ikut citarasa.
INFO: Jangan rebus terlalu lama supaya khasiatnya tidak hilang.
Khasiat Daun Moringa
-Daun moringa kaya dengan vitamin C, A, dan B6, serta kalsium dan zat besi — membantu boost imunisasi, menjaga mata, dan memberi tenaga, berbanding buah oren dan pisang asli
-Ia juga mengandungi antioksidan, fitokimia, dan sifat antiradang — membantu rawat radang serta sokong kesihatan jantung dan kulit
-Kajian menunjukkan moringa dapat membantu turunkan kolesterol LDL dan gula dalam darah, serta menjaga tekanan darah stabil yang penting untuk kawal risiko penyakit kronik
-Buat sendiri teh daun moringa sendiri lebih baik dari beli sachet mahal. Khasiatnya lebih tinggi dan semula jadi.
Kejadian kenderaan terjunam ke dalam sungai, longkang sudah banyak kita dengar. Paling menyayat hati bila kejadian melibatkan banyak nyawa terkorban.
Dalam masa yang sama ia turut mencetuskan tanda-tanya, jika kejadian seperti ini berlaku pada kita apa yang perlu dilakukan. Info berikut mungkin boleh membantu ketika kecemasan sebegini.
1. Cuba fokus selamatkan diri
Walaupun panik dan ketakutan, kita perlu cuba untuk fokus pada satu matlamat iaitu menyelamatkan diri. Ini kerana sebaik terjunam ke dalam air yang dalam kita masa yang ada cukup singkat untuk menyelamatkan diri. Justeru kita perlu bertindak pantas.
2. Buka tali pinggang keledar
Perkara pertama yang perlu dilakukan sebaik kereta terjunam dalam air adalah buka tali pinggang keledar, jika tidak ia akan melambatkan tindakan kita untuk menyelamatkan diri.
3. Cuba buka tingkap
Sebelum kereta tenggelam lebih dalam cuba buka tingkap kereta. Fungsi elektronik dalam kereta selalunya masih boleh berfungsi selama tiga minit sebaik tenggelam dalam air.
4. Pecah cermin
Jika tingkap tidak boleh dibuka atau kita tidak sempat berbuat demikian, maka satu-satu jalan keluar yang ada adalah dengan memecahkan cermin kereta dengan cepat.
Gunakan alat tajam yang ada di dalam kereta untuk memecahkannya. Jangan cuba pecahkan cermin hadapan kerana ia dicipta untuk menahan impak yang kuat. Jadi agak sukar untuk memecahkannya.
Pilihan yang ada adalah memecahkan cermin tingkap bahagian kiri atau kanan kereta.
5. Boleh gunakan tempat sandar kereta!
Sekiranya tiada alat yang tajam di dalam kereta yang boleh digunakan untuk memecahkan pada cermin alternatif lain adalah dengan menggunakan tempat sandar kepala kereta anda!
Cabut tempat sandar kepala dari tempat duduk anda. Selepas berjaya mengeluarkannya, letakkan salah satu daripada dua rod besi itu di antara tingkap dan pintu dan masukkannya ke dalam.
Pastikan anda masukkan ke dalam salah satu bahagian bawah hujung tingkap, kerana itulah di mana ia paling mudah pecah.
6. Berenang pantas
Selepas tingkap berjaya dipecah, keluar segera dan berenang ke permukaan dengan pantas. Ketika ini kemahiran berenang sangatlah penting untuk memastikan anda selamat.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...