Cara Buat Popia Sira Cili Yang Sedap, Lagi Rangup & Tahan Lama. Ini Rahsianya

Share

Popia sira cili ini memang selalu kita beli dan bila dah makan biasanya tak boleh berhenti. Rasa pedas, manis dan rangup itulah yang sedap.

Popia ini boleh sangat kalau nak buat sendiri, cuma kita kena tahu cara nak jadikan ia rangup dan tahan lama. Dikongsi oleh peniaga popia sira sendiri iaitu Siti Mariam

ini rahsia yang dikongsi.

Rahsia popia sira cili makin sedap lebih rangup & tahan lama

Nak resipi supaya popia sira rangup dan tahan lama. Tiada rahsia, ini kita bagi ikhlas.
Ok saya kongsikan resipi popia sira cili.

  1. Sediakankan 1 paket kulit popia. Gulung dan hujungnya letak bancuhan tepung gandum, air dan garam supaya tidak terlerai.

2. Selepas gulung, potong atau gunting secara menyerong. Kemudian boleh goreng hingga garing. Toskan.

3. Sediakan bahan sira, kisar cili kering, bawang putih, dan bawang merah. Ambil dalam 2 senduk dan tumiskan dalam minyak yang dipanaskan.

4. Bila dah naik bau masukkan garam, asam jawa, serbuk perasa dan gula dalam 2 senduk. Tumis sampai sambal betul-betul kering dan pekat.

5. Selepas itu masukkan popia goreng tadi, gaul rata hingga sambal meliputi semua popia. Tabur bijan dan gaul lagi. Kemudian tutup api.

6. Supaya popia sira cili ini tahan lama dan lagi rangup masukkan dalam oven. Bakar selama 20 minit pada suhu 170 darjah Selsius. 

7. Sejukkan dan boleh simpan dalam bekas yang sesuai.

Selamat mencuba.

Sumber: Siti Mariam

 

 

IKLAN