Puding karamel ini memang ramai peminatnya, manis berlemak dan makan pula selepas disejukkan, memang nikmat.
Tapi ada juga yang nak makan tapi alah dengan telur atau tak suka dengan baunya. Bagi yang begini boleh buat puding karamel tanpa gunakan telur.
Lagi menarik, cara ini juga tak memerlukan kita kukus, jadi tak perlu susah-susah keluarkan periuk belanga. Jika nak cuba boleh ikut perkongsian Nordiana Ab Kadil.
Cara buat puding karamel tanpa telur, tanpa kukus
Puding karamel tanpa telur dan tak perlu kukus. Sesuai untuk yang alergi telur dan sesuai yang tiada pengukus. Pertama kali buat Alhamdulillah menjadi…
Bahan puding:
1 paket serbuk agar yang jernih (10gm)
4 cawan air
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat
3 sudu tepung kastard
Sedikit esen vanila
Bahan karamel:
3 sudu gula pasir
2 sudu air
Ads
Cara membuat :
1. Untuk buat karamel masukkan gula pasir ke dalam kuali dengan api yang kecil. Gula dibiarkan cair sehingga menjadi perang kemudian tutup api dan masukkan air. Kacau sebati.
2. Kemudian karamel yang siap ini masukkan ke dalam loyang. Ketepikan.
Ads
3. Untuk buat puding, satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati.
4. Kemudian panaskan di atas api yang besar, masak puding sehingga betul-betul mendidih dan pekat.
5. Biarkan puding suam sebentar, kemudian barulah masukkan ke dalam loyang berisi karamel tadi.
Ads
6. Masukkan dalam peti sejuk sehingga 2-3 jam.
7. Terbalikkan loyang tadi di atas pinggan kemudian potong. Sedia untuk dihidangkan.
Tip: Pastikan puding dimasak sehingga betul-betul mendidih dan kelihatan pekat.
Asyik buat sup ayam dan daging saja, kita buat pulak sup ikan. Bila buat sup ikan ini ramai yang takut bau hanyir, supaya sup tiada bau ikan dan sedap boleh ikut cara yang dikongsi oleh Umi Watie.
Cara masak sup ikan gerenti tak hanyir
Bagi yang suka menghirup sup wajib cuba resipi SUP IKAN GERENTI TAK HANYIR. Terasa segar dengan aroma rempah yang wangi.
Bahan-bahan
3 keping ikan – ikan siakap/jenahak/merah
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
1 sdt jintan manis
1 sdt lada hitam
1 sdt jintan putih
1 sdb ketumbar
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 helai daun salam (bay leaf)
2 biji tomato
Kentang
Lobak merah
Daun sup
Garam
Cara masak:
Mula-mula tumiskan segala jenis bawang dan halia yang dihiris nipis.
2. Masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis sampai naik bau.
3. Bila bahan tumis dah wangi dan kekuningan masukkan rempah lain macam lada hitam, jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Daun salam/bay leaf jangan lupa.
Rempah macam lada hitam, jintan dan ketumbar buat aroma sup ikan kita wangi dan tidak hanyir. Daun salam tu pula buat rasa ikan kita rasa segar. Ini rahsia sup ikan sedap.
4. Masukkan air dalam 5 cawan. Biarkan sup mendidih.
5. Masukkan kentang, diikuti dengan tomato.
6. Bila dah mendidih, masukkan ikan, saya guna ikan siakap.
7. Bila nampak ikan dah masak, masukkan garam secukup rasa. Matikan api.
Hidang ketika panas. Confirm hirup sup sampai licin.
Ikan siakap stim yang sedap selalunya kita makan di kedai atau restoran Thai. Cukup rasa masam, manis, dan langsung tak hanyir.
Memang cara memasaknya nampak macam mudah tapi bila kita buat di rumah tak menjadi pula rasanya. Supaya dapat hasil ikan siakap stim yang sama sedap boleh guna panduan ini.
Cara masak ikan siakap stim sedap macam kedai Thai
Bahan-bahan
Seekor ikan siakap – dibersihkan, jangan potong
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
Garam & gula secukup rasa
Serai -hiris halus
Halia -hiris halus
Bawang putih -dipotong dinipis
Cili api -dicincang
Akar, batang dan daun ketumbar
2-3 biji limau kasturi -dibelah dan diambil jus
Cara memasak ikan siakap stim
1. Dalam satu mangkuk, satukan sos tiram, sos ikan, garam dan gula secukupnya.
2. Masukkan bawang putih, cili api dan daun ketumbar. Campur Bersama dengan 3-4 sudu air kemudian gaul sebati.
3. Letak ikan dalam bekas, masukan serai dan ikan dalam ikan. Kemudian tuang sos yang dibancuh tadi
4. Panaskan kukusan kemudian, stim hingga masak.
5. Dah masak boleh angkat dan hidangkan. Ikan stim ini bukan saja sedap tapi wangi dan langsung tak hanyir.
TIP HILANGKAN HANYIR IKAN
Gosokkan garam kasar pada badan ikan dan biarkan beberapa minit. Garam akan membantu menghilangkan bau hanyir dan membersihkan permukaan ikan.
Rendam ikan dalam susu selama 10-15 minit. Susu mengandungi enzim yang boleh membantu menyingkirkan bau hanyir.
Tanam sayur di rumah dalam pasu saja dan dah pun beberapa kali tuai hasil. Hajatnya nak tanam sayur lain pula, tapi sebelum itu seeloknya dirawat dulu tanah lama dalam pasu sebelum digunakan semula.
Ia penting supaya tanah kembali bernutrisi dan mampu menyuburkan tanaman. Langkah untuk merawat tanah ini ada dikongsi oleh usahawan tani Faiz Kebun AB Goncang.
7 langkah rawat tanah lama untuk digunakan semula
1. Keluarkan tanah lama daripada pasu. Buangkan akar, dahan dan reranting lama yang bersaiz besar daripada tanah.
2. Jemur seharian tanah lama di bawah pancaran cahaya matahari yang terik untuk mematikan segala serangga perosak, ulat, semut dan telur serangga.
3. Kemudian, rawat tanah lama yang telah dijemur tadi dengan menabur satu sudu besar dolomite untuk menstabilkan pH tanah supaya tidak berasid. Tanah yang stabil mempunyai pH dalam lingkungan 5.5-6.5 supaya penyerapan nutrien lebih berkesan.
4. Setelah itu, campurkan 1 bahagian kompos pada tanah lama bagi menambah kandungan nutrien dan mikrob baik pada tanah.
5. Gaul sebati campuran dolomite dan kompos tadi.
6. Setelah sebati dan rata, masukkan semula tanah yang telah dirawat tadi di dalam pasu yang telah kita cuci bersih.
7. Siram tanah tersebut dengan air, dan seeloknya biarkan selama seminggu sebelum diguna semula untuk menanam pokok. Jika ada, boleh juga sembur EM (Effective microbe) untuk menambah kandungan mikrob pada tanah.
📌NOTA
Jika tiada dolomite untuk stabilkan pH tanah, boleh guna epsom salt (tabur dalam 2 sudu besar)
Jika tiada kompos untuk tambah kandungan nutrien pada tanah, boleh guna baja tahi ayam (tabur dalam segenggam) atau boleh campurkan tanah lama dengan tanah baru seperti tanah campuran 6 in 1 (gunakan sebanyak 1 bahagian).
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...