Cara Buat Roti Sosej Gulung Yang Jimat, Modal Tak Sampai RM20 Dapat 40 Ketul

Share

Jamuan baik di pejabat atau untuk anak di sekolah memang sentiasa ada. Salah satu menu mudah dan jimat untuk kita buat dalam kuantiti banyak antaranya adalah roti sosej gulung.

Menu yang dikongsi oleh Fina Tuah biasanya kalau bawa akan laku keras, roti sosej gulung ini akan jadi antara yang habis dulu.

Paling best modal untuk membuatnya juga tak mahal tapi kuantiti yang dapat banyak. Menurut Fina modal tak sampai pun RM20 untuk 40 ketul roti sosej. Jadi lepas ni kalau ada jamuan sekolah anak boleh buat ya.

Cara buat roti sosej gulung

Bahan-bahan
1 pek – roti keping Gardenia saiz besar
2 pakej sosej
4 biji telur
Garam, serbuk perasa secukup rasa (letak dalam adunan telur)
150gm serbuk roti (breadcrumbs)

Cara membuat:

1.Alas roti dengan plastik bahagian atas dan bawah, kemudian gelek atau penyet roti guna roller (saya guna botol sos cili saja). Tujuannya supaya roti tak melekat, mudah nak angkat. Roti kena penyet supaya masa goreng nanti tak serap minyak banyak sangat.

2.Sapu adunan telur hujung roti sebagai gam untuk lekatkan gulungan roti.

3.Dah siap gulung.

4. Bancuh telur bersama dengan garam dan serbuk perasa. Roti dipotong dua, kemudian golek dalam adunan telur.

5. Seterusnya golek pula dalam serbuk roti dan boleh terus goreng dalam minyak panas, api sederhana, sampai golden brown. Jangan goreng lama, sebab roti mudah garing.

Untuk kuantiti bahan ini dapat 40 biji roti sosej gulung.

Selamat mencuba.

Sumber: Fina Tuah

 

IKLAN