Ini Rupanya Rahsia Buat Sambal Belacan Yang Padu, Cukup Rasa & Tahan Lama

Share

 

Ramai kalangan kita yang makan nasi mesti ada sambal belacan. Bagi yang hantu sambal ini, kenalah belajar buat sambal belacan sendiri.

Boleh cuba resipi sambal belacan dari Cik Ca ini yang katanya padu, cukup rasa dan paling penting tahan lama. So buat buat sekali banyak.

Rahsia nak lagi sedap ikut resipi ini kena letak parutan kulit limau kasturi dan kena simpan semalaman luar petu ais sebelum makan.

Sambal padu, pedas, tahan lama

Bahan-bahan:

4 ulas bawang merah saiz 50 sen (kalau saiz besar bawang bombay 2 biji dah cukup)
2 ulas bawang putih
1 inci belacan bakar juga (alur air sebelum bakar)
5-6 biji cili merah besar
9-10 biji cili hijau Thai buang tangkai
3 sudu besar gula putih
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
2 sudu besar cuka makan
9-10 biji asam limau kasturi saiz kecik kalau saiz sederhana besar 6/7 biji
1 sudu besar gula perang untuk cantikkan sambal

Nota: Gambar resipi nampak banyak sebab Cik Ca buat 5 kali ganda sukatan yang diberi sebab Cik Ca memang buat banyak sekali.

Cara membuat:

1. Alur air (basuh bawah air paip) bawang merah dan bawang putih sekejap, belah dua dan bakar atas pan sampai perang.

Bawang merah tak perlu kupas sebab bahagian yang sebelah tu tebal jadi ambil masa lama sikit untuk masak. Bagi dia hangit kulit tu. Nanti nak blend baru kupas. Tak perlu basuh dah.

2. Potong cili, alur air sekejap sambil gosok dan tos biar kering. Boleh lap dengan tisu juga. Itu tips juga tu nak bagi sambal sedap.

3. Dalam pengisar masukkan semua bahan kecuali cili. Bawang bakar tadi, gula, garam, gula perang, air perahan limau kasturi, belacan, bawang putih, cuka. Tapis ketika perah limau kasturi untuk elak biji masuk. Kemudian kisar bagi lumat.

4. Barulah masukkan cili bersama 1 biji setengah kulit limau tanpa sebarang biji dan tangkai. Kisar ikut tahap lumat yang anda mahu.

5. Kemudian tabur kulit limau yang diparut daripada 3 biji yang diperah tadi kalau suka.CA suka macam ini. Lepas tu rasa dan adjust ikut tekak untuk final taste kalau ada terlebih terkurang.

Siap!

INFO

  • Sambal belacan ini tak perlu tumis atau masak atas dapur. Letak kulit limau parut guna lapisan hijau sahaja. Tak pahit.
  • Simpan dekat luar semalaman, esok baru simpan dalam peti dan mula makan. Makin lama makin sedap. Selamat mencuba!

Resipi Perkongsian : Cik Ca

IKLAN