Bagi peminat sambal yang rasa tak lengkap makan kalau tiada menu ini elok sangat buat stok sambal cili kering garing ini.
Dikongsi oleh Jona MJ sambal yang juga resepi keluarganya ini turut digelar ‘sambal kurang ajar’ kerana jika menu ini muncul katanya pasti akan makan nasi bertambah dan bagi yang berdiet mesti akan terbabas.
Menjadi kesukaan keluarga, beliau turut berkongsi cara membuat sambal sedap ini. Caranya mudah, cuma goreng empat bahan dan kisar dengan chopper. Tak perlu tumis lama-lama.
Cara buat sambal ‘kurang ajar’
1. Cili kering digunting untuk dibuang biji. Kemudian goreng garing tapi jangan sampai hangus.
2. Bawang merah, segenggam, jangan kedekut. Potong empat saja dan goreng hingga layu.
Ads
3. Bawang putih juga sama, potong dan goreng hingga layu.
4. Ikan bilis digoreng garing.
5. Semua bahan di atas digoreng berasingan menggunakan minyak yang sama. Nak mudah goreng ikan bilis > bawang merah & bawang putih > cili kering
6. Dah goreng semuanya, masukkan dalam chopper secara berasingan. Guna chopper kerana hasil yang kasar.
Ads
7. Kisar semua secara berasingan. Waktu kisar cili kering masukkan gula & garam sekali. Waktu kisar ikan bilis, bawang merah & bawang putih masukkan minyak masak anggaran dalam 3/4 cawan.
8. Selepas semua dikisar kasar, campurkan semua bahan. Tak perlu masak atas dapur semula.
Ads
INFO
Jika tiada chopper boleh tumbuk guna lesung batu, ini memang resipi asal tapi jangan guna blender.
Simpan dalam bekas kedap udara, tak perlu masuk dalam peti sejuk. Sambal ini tahan sampai sebulan.
Boleh makan dengan nasi bersama telur mata. Cicah dengan cekodok pun sedap.
Melihat deretan nanas Sarawak yang diketahui memang manis rasanya ditanam tepi rumahnya buat ramai yang teruja. Tak kurang juga terinspirasi untuk melakukan perkara yang sama.
Apalagi bila wanita dikenali nama Jodi Cholo ini memberitahu setiap satu nenas itu anggaran beratnya 3-4.5kg/biji sebiji dan semua pokok nenas itu ditanam dalam polibeg saja.
Tidak lokek berkongsi ilmu, ini tip dan penjagaan penanaman nenas Sarawak yang dipraktikkan oleh beliau.
1.Tanam nenas Sarawak di tepi rumah saja. Tanam sejak Ramadan 2021 dan Ramadan 2022 dapat tuai hasil. Bilangan pokok ada 70 pokok.
2.Tanam melalui anak/ sulur bukan jambul dalam polibeg saja, saiz 13×13 atau 10×10. Median yang digunakan adalah 100 peratus tanah sawit. Saya potong pelapah anak pokok sebelum tanam, tinggal 3 helai yang atas sahaja supaya pokok cepat naik.
3.Anak pokok diletakkan di tempat yang kena 100 peratus sahaya matahari. Nenas ini tanam manual, 2 minggu 1 kali disiram, itu pun kalau musim panas.
4.Baja yang digunakan adalah baja NPK 15,15,15 cara 2 minggu 1 kali, sukatan sesudu makan untuk satu polibeg (saya tak pakai baja foliar).
5.Letak silver shine (tikar alas bawah polibeg) untuk elak rumput dari tumbuh sebab malas cabut rumput.
6.Fungsi pinggan polisterin/topi untuk lindung cahaya matahari yang terik elak buah rosak. Letak pinggan ini setelah buah besar.
7. Berat purata nenas 3-4.5kg/biji dan rasanya manis. Sepanjang tanam tiada racun serangga digunakan.
Tip ekstra
-Pastikan pokok sihat sebelum berbuah.
-Pokok besar buah pun akan besar.
-Selepas pokok berbuah berhenti letak baja untuk elak buah rosak.
Kalau korang antara yang banyak menghabiskan duit membeli kopi di kafe terkenal mungkin boleh gunakan cara ini untuk lebih jimat tapi dalam masa yang sama tetap menikmati kopi yang sedap.
Caranya buat sendirilah, apa lagi. Bagi yang suka minum cappucino panas boleh ikut cara membuat kopi ini yang dikongsi oleh Safillah Alivi. Menurut mereka yang sudah mencubanya, rasa kopi ini memang lazat, sedap lemak berkrim.
Terima kasih pada yang share coffee viral tu. Memang sedap amat. Saya suka minum versi panas (cappuccinos). Smooth texture coffee ni seakan coffee dibuat barista kafe ternama. Saya buat extra untuk simpan seminggu dalam fridge.
Cara membuatnya
1.Masukkan 4 sudu coffee bersama 4 sudu brown sugar dalam bekas (saya guna Nescafe decaf)
2. Masukkan air panas 4 sudu.
3. Sebatikan dan on kan mixer. Kalau nak naikkan muscle boleh juga guna tangan. Putar dalam 5 minit, bergantung pada kuantiti coffee dan gula.
4. Mix sampai gebu macam ni. Nanti nak guna ceduk saja.
5. Cara membuat secawan hot cappucino, panaskan susu segar (bukan guna susu pekat manis ya). Kemudian ambil sesudu bancuhan kemudian campur dengan susu panas. Bancuh hingga sebati. Sedap smooth texture coffee ni.
Bancuhan atau foam ini tahan seminggu letak dalam peti ais dan akan kekal kental jika diputar sempurna.
Pokok cili antara yang biasa ditanam di rumah. Tapi hasilnya bergantung pada cara penjagaan dan kaedah penanaman yang kita guna.
Supaya pokok cili yang ditanam di rumah subur dan berhasil ini kaedah penanaman cili yang betul untuk kita praktikkan.
1. Pilih kawasan yang sesuai
Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah. Jika kawasan redup akan pokok menjadi tinggi daripada biasa dan saiz buah menjadi kecil.
2. Jenis tanah
Pemilihan medium penanaman cili bergantung kepada kaedah penanaman yang dipilih sama ada tanaman dalam pasu atau terus dalam tanah.
Medium untuk pasu
Medium penanaman untuk pasu yang sesuai adalah tanah campuran tiga bahagian tanah merah, dua bahagian tanah hitam dan satu bahagian pasir. Saiz pasu yang sesuai adalah 16 inci x 20 inci bagi musim penanaman enam bulan.
Sekiranya bercadang untuk musim penanaman yang lebih panjang dari enam bulan, sila guna saiz pasu yang lebih besar seperti 30 inci x 50 inci.
Medium tanam terus Kaedah penanaman secara terus di tanah bagi kawasan rumah teres adalah tidak digalakkan kerana tanah tidak subur. Sekiranya ingin meneruskan hasrat menanam di tanah kawasan rumah teres, tanah perlu diganti dengan tanah yang baru.
3. Alih anak pokok
Pastikan tiada pokok buah-buahan seperti mangga, belimbing dan jambu berdekatan dengan kawasan tanaman. Ini bagi mengelakkan serangan lalat buah. Umur paling sesuai untuk memindah tanam anak pokok atau tanah adalah ketika anak pokok sudah berusia tiga ke empat minggu. Kelewatan memindah tanam anak pokok yang sudah cukup umur boleh menyebabkan pokok terbantut.
4. Waktu mengalih
Waktu yang sesuai pindah tanam adalah pada waktu lewat petang. Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati.
5.Siraman
Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang. Pokok cili harus disiram dua kali sehari, sekiranya waktu hujan tidak perlu disiram.
Pastikan kawasan penanaman tidak menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan menggalakkan pertumbuhan kulat.
6. Sokongan
Kayu pancang perlu dipasang ketika peringkat awal selepas pindah tanam untuk mengelakkan kerosakan pada akar sekiranya dipasang pada umur matang. Jenis kayu pancang yang sesuai adalah seperti buluh yang boleh bertahan sehingga lebih enam bulan. Pemasangan kayu pancang bertujuan untuk mengelakkan pokok rebah apabila sudah berbuah lebat.
7. Baja organik
Baja organik seperti baja tahi ayam amat sesuai diberikan kepada pokok untuk menggalakkan tumbesarannya. Sekiranya menggunakan baja kimia, pastikan mengikut kuantiti yang disarankan.
Pemberian baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan pokok mati kepanasan daripada baja.
Tempoh pemberian baja yang sesuai adalah setiap 10 hingga 14 hari.
8.Masalah perosak
Kehadiran semut yang banyak pada pokok cili adalah disebabkan ia menghurungi aphid atau bena putih yang terdapat di bahagian bawah daun. Gunakan larutan pencegah serangga yang dirumus daripada bahan semula jadi seperti ekstrak semambu dan bawang putih.
Larutan mencegah serangga daripada bahan semula jadi mudah hilang apabila hujan. Selepas hujan berhenti, larutan haruslah disembur semula. Waktu paling sesuai untuk menyembur larutan pencegah serangga adalah pada waktu petang menghampiri Maghrib.
Tahap umur cili paling sesuai untuk dituai adalah apabila 80 peratus daripada cili yang matang sudah mencapai warna kirau (warna hijau bertukar sedikit merah).
Waktu paling sesuai untuk menuai adalah pada jam 9 pagi ke atas iaitu ketika embun sudah kering.
Sekiranya cili ingin disimpan lama, jangan basuh hasil tuaian cili. Sekiranya perlu dibasuh, harus dikeringkan segera. Selepas cili dituai, baja perlu segera diberikan pada waktu petang yang sama atau keesokan harinya bagi mengelakkan pokok tertekan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...