Nak lauk sedap kadang-kadang tak perlu masak yang susah, hidangan sambal telur saja pun dah cukup menyelerakan.
Jika nak hidangan ringkas ini lagi sedap, boleh ikut perkongsian dari Ameera. Menurut beliau sambal telur ini adalah resipi daripada penyanyi arwah Siti Sarah. Caranya sangat mudah tapi rasanya sedap sangat.
Cara buat sambal telur mudah tapi sedap sangat
Sambal telur (ini resipi arwah Siti Sarah). Cara membuat dan bahan bahan ada di setiap gambar. Mudah dan sangat sedap.
1. Tumbuk bahan-bahan ini;
Bawang merah besar 1 biji
Bawang merah kecil 3 biji
Bawang putih 4 ulas
Belacan
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi. Boleh saja kalau nak letak lebih bawang. Belacan secukupnya.
3. Kemudian masukkan cili boh atau cili kering kisar. Masak sehingga pecah minyak. Waktu ini kita tengok, kalau cili terkurang letak lebih sikit. Jangan bagi sambal kita pucat lesi.
Ads
4. Letak asam keping, supaya sambal ada rasa masam masam.
5. Kemudian masukkan gula kabong. Selalunya sambil memasak, arwah akan berdoa, yang elok kita ikut.
6. Selepas itu masukkan garam secukup rasa. Jika pakai cili boh, kena letak sedikit air waktu ini. Jika guna cili kisar tak perlu dah sebab waktu blend dah letak air.
Ads
7. Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan telur satu demi satu dalam kuali. Jangan kacau kacau telur, nanti pecah.
8. Tutup kuali dengan penutup supaya telur masak elok.
9. Kemudian masukkan bawang hiris.
Ads
10. Biar sampai masak begini.
Ok dah siap masak sambal telur. Makan dengan nasi panas panas, satu lauk ini saja dah cukup.
Kalau mahu amalkan kaedah penanaman organik tanpa penggunaan bahan kimia elok sangat mempraktikkan tip yang dikongsi oleh Nazrul Azam ini.
Beliau yang mengamalkan konsep ini sejak mengusahakan Qadhijah Natural Farm berkongsi beberapa tip yang boleh digunakan sekiranya menanamkan pokok sayur terutamanya tomato.
Tip elak serangan perosak cara semula jadi & pokok lebih subur
Hari ini saya ingin kongsi cara saya tanam tomato di dalam pasu di rumah. Saya dapati cara ini sangat mudah, menjadi dan jarang sekali bermasalah. Cara ini juga saya gunakan untuk semua jenis cili dan terung.
1. Letak 3 ulas bawang putih
Letakkan 3 ulas bawang putih di perdu pokok. Tekan sedikit dalam tanah supaya tak lari.
Inilah adalah cara yang mudah untuk elakkan serangan perosak seperti aphids, leafminers, nematodes dan lain-lain lagi.
Bau dari bawang putih ini akan melindungi tomato anda untuk jangkamasa yg lama.
Letakkan bawang putih yang baru bila ianya sudah hancur. Tetapi, selalunya ia akan tumbuh seperti ni. Lagi bagus. Biarkannya kerana akarnya adalah pencegah paling baik untuk masalah perosak nematodes.
2. Semai sekali biji benih carrot/lobak merah
Kalau anda beli biji benih tomato, pastikan beli juga biji benih lobak merah. Lobak merah adalah rakan baik tomato.
Taburkan di sekitar perdu tomato. Dekat-dekat pun tak mengapa. Tomato dan lobak merah keduanya adalah kawan baik selamanya.
Jadi apabila lobak merah disemai sekali dengan tomato, ianya akan menggalakkan pokok tumbuh lebih cepat dan subur.
Lobak menjadi atau tidak bukannya isu. Asalkan ada dah memadai. Namun begitu ikut pengalaman saya, dua-duanya akan berhasil.
Tip extra
Jika tanam tomato dalam pasu, boleh juga gunakan pasu bulat atau apa saja bentuk yang ada asalkan ianya setinggi sekurang2nya 20cm ke atas. Ini adalah kerana tomato yg baik perlu ruangan at least 20cm untuk perkembangan akar.
Cara buat kuih gunting ini kena belajar kalau suka kuih raya yang rangup dan tak manis. Rasa rempah dan pedas-pedas manja memang buat kita ralit memakannya.
Tak sedar habis sebekas. Ini memang penangan kalau makan kuih gunting.
Kuih gunting ini lagi sedap kalau dibuat sendiri, supaya rasa pedas dan masinnya ikut cita rasa sendiri. Kelebihan buat kuih ini, boleh minta anak-anak pun boleh tolong terutama bahagian menggunting.
1 kg tepung gandum
250 gm marjerin
1 biji telur
1 kiub ikan bilis
Minyak
Daun kari – dipotong
Bahan dikisar
100 gm bawang merah
50 gm bawang putih
200 ml air untuk mengisar
50 gm ikan bilis
50 gm udang kering
Cili kering (kuantiti agak-agak saja)
10 gm garam
10 gm serbuk perasa
Langkah buat kuih gunting
1. Tepung diramas dengan marjerin, masukkan telur.
2. Masukkan bahan kisar. Uli hingga rata, lalu masukkan daun kari yg telah dipotong.
3. Uli hingga doh tidak melekat lagi pada jari. Doh tidak terlalu lembik dan terlalu keras.
4. Bahagikan atau bulat-bulatkan doh supaya senang dicanai dengan kayu giling. Canaikan doh.
4. Panaskan sekejap doh yang sudah dicanai dalam kuali non stick tanpa minyak. Tujuannya supaya doh keras dan mudah digunting. Sejukkan.
6. Kemudian boleh dipotong/digunting doh seperti pada gambar.
Ramai mengecat sendiri saja kediaman terutama untuk ruang dalam rumah. Lebih jimat dari upah tukang. Bila dah cat sendiri, masa yang diambil pun agak lama. Masalah biasa bila ambil masa lama mengecat, roller atau berus cat yang ditinggalkan mula mengeras. Sudahnya kena beli berus atau roller lain.
Untuk elak kejadian berus atau roller keras selepas ditinggalkan boleh ikut tip yang dikongsi oleh Atama Aaeman.
Buat begini supaya roller & berus cat tak keras
Tip mengelak penggelek (roller) atau berus cat mengeras selepas diguna dan dibiarkan semalaman.
Roller ini saya dah guna 2 hari untuk mengecat. Hari ni nak guna lagi, sambung mengecat. Boleh digunakan terus tanpa perlu dicuci selepas diguna.
Caranya mudah saja,
1. Balut roller dengan beg plastik seperti dalam gambar. Saiz plastik ikut saiz roller.
2. Selepas balut pastikan plastik dipulas pada roller sehingga kebanyakan udara di dalamnya keluar dan lekat ketat pada roller. Boleh juga lekat dengan pita pelekat atau gunakan gelang getah untuk elak balutan terbuka.
3. Roller yang sudah dibalut boleh dibiar begitu sahaja tanpa perlu dicuci selepas guna jika ada niat nak sambung pakai keesokan harinya. Makin banyak sisa cat pada roller makin bagus, cat tidak akan kering jika dibalut dengan betul.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...