Cara buat sambal tempoyak daun kayu, resipi original atau asli dari Negeri Sembilan ini wajib buat bila dah masuk musim durian.
Cuma untuk buat hidangan ini usaha kena lebih sikit untuk mencari daun-daun kayu. Tapi hasilnya memang berbaloi kerana rasanya yang sedap. Sedap yang buat kita teringat-ingat.
Petai -ambil isi saja
Ikan bilis
1kg tempoyak mentah
1kg santan pekat (4 biji kelapa)
Garam
1 ikat pucuk ubi
5 helai daun kunyit
20 helai daun kaduk
10 helai daun mangun
5 batang serai
1/2 cawan cili api
2 inci kunyit hidup
1. Bahan hiris dihiris halus.
2. Kisar cili padi dan kunyit hidup, masukkan terus dalam kuali.
3. Masuk santan dan tempoyak, kacau. Biarkan mendidih kemudian masukkan bahan yang dihiris tadi.
4. Masuk ikan bilis dan petai. Kacau dan masak sampai pekat.
5. Perasakan dengan garam. Siap!
INFO: Kalau diikutkan ada lebih banyak senarai daun yang digunakan tapi memandangkan zaman sekarang sukar didapati makanya kita cari yang senang diperoleh.
Dah nama sambal tempoyak daun kayu, tentunya bahan penting adalah tempoyak. Tapi pastikan guna tempoyak yang masih elok. Macam mana nak tahu tempoyak dah rosak, ini tanda-tandanya;
-Keluarkan bau busuk
-Warna tempoyak berubah menjadi lebih gelap, coklat, atau kehijauan, itu mungkin tanda ia sudah rosak.
-Ada buih atau gelembung
-Tekstur berlendir atau berair
-Ada kulat pada permukaan tempoyak
-Rasa masam yang berlebihan
Jika terdapat mana-mana tanda di atas, sebaiknya elakkan daripada menggunakannya untuk mengelakkan keracunan makanan.
Sumber: Nazuhaina Azu
Baca Lagi: Buat Sendiri Sambal Bilis Tempoyak, Lauk Paling Senang Tapi Punyalah Sedap