Selain jem atau mentega kacang,  sapuan seri kaya juga memang sedap makan dengan roti. Buat pulak roti bakar, berkeping-keping pun boleh kita hadap.

Seri kaya ini memang ada yang segera dalam tin tapi kita juga boleh buat sendiri. Kelebihan buat sendiri selain boleh sesuaikan rasa manis, ia juga tak gunakan sebarang pengawet atau bahan kimia lain. Bagi yang nak cuba, boleh ikut perkongsian Norimah Rahman.

Buat sendiri seri kaya untuk sapuan roti

Cara Buat Seri Kaya Homemade. Tiada Pengawet, Manis Pun Boleh Kurangkan Bila Buat Sendiri

Bahan untuk gula karamel:
1 cawan gula
1 cawan air panas

Bahan lain:
3 biji telur gred B
1 cawan gula (boleh kurangkan kepada ¾ cawan jika tak mahu manis)
Secubit garam
1 kotak santan 200ml
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar tepung jagung (saya guna tepung custard, dibancuh dengan sedikit air dan kacau hingga sebati)

Cara membuat:

IKLAN

1. Sediakan guna karamel terlebih dahulu, caranya masak gula hingga keperangan kemudian tutup api. Terus masukkan satu cawan air panas dan buka api semula.Kacau gula sampai cair semuanya. Padamkan api, biarkan seketika.

2. Satukan satukan telur, gula, garam dan esen vanila. Blend semua bahan ini hingga gula hancur.

3. Panaskan semula gula karamel tadi, kemudian masukkan bahan blend dan kacau sebati.

IKLAN

Cara Buat Seri Kaya Homemade. Tiada Pengawet, Manis Pun Boleh Kurangkan Bila Buat Sendiri

4. Masukkan santan yang telah dicampur dengan bancuhan tepung jagung tadi.

5. Kacau hingga pekat dan berkilat, gunakan api perlahan. Sentiasa kacau supaya tak hangus.

IKLAN

6. Tutup api bila sudah pekat, sejukkan sebelum disimpan. Serikaya ini boleh tahan sehingga 2 minggu jika disimpan dalam peti ais.

Resipi ini menurut Puan Norimah adalah perkongsian dari Haji Mamak.

Selamat mencuba

Sumber: Norimah Rahman

 

Selain itu:  Buat Jem Tart Nenas Homemade, Cara Ini Lagi Cepat Masak & Tahan Lama. Setahun Pun Elok Lagi
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI