Cara Buat Serunding Ikan, Boleh Buat Sendiri Popia Simpul Untuk Makan Waktu Duduk Rumah

Share

Makan popia simpul waktu duduk rumah ini memang syok. Rasa rangup, pedas dan manis dari serunding ikan

Serunding ayam dan daging memang biasa dijual, tapi serunding ikan jarang ada. Serunding ikan ini kalau buat popia simpul atau karipap mini memang sedap.

Rasa rangup, pedas dan manis-manis buat kita tak puas makan. Memandangkan ramai yang duduk rumah kerana PKP ini apa kata buatlah sendiri serunding ikan ini. Lepas siap sambil duduk buat pula popia simpul. Boleh makan sendiri atau buat berniaga.

Buat sendiri serunding ikan

Cara membuat serunding ikan ini dikongsi oleh Roslina Shaari, yang juga mengambil tempahan membuat popia simpul. Caranya tak remeh sangat cuma perlu dimasak dan dikacau dalam tempoh dua jam.

Bahan-bahan
1kg ikan sardin(rebus dan asingkan isi)
4 cawan kelapa parut
1/2 cawan minyak masak
1 batang kayu manis
2 cawan gula
Sedikit garam

Bahan kisar
10 tangkai cili kering(rendam supaya lembut)
10 biji cili padi (untuk rasa pedas)
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu makan jintan manis
3 batang serai

Cara membuat serunding ikan

1. Tumbuk isi ikan hingga hancur

2. Panaskan minyak dan letak kayu manis serta bahan dikisar.

3. Tumis hingga naik bau.

4. Masukkan kelapa parut dan isi ikan.

5. Masukkan garam dan gula dan kacau sampai rata. Serunding kena ada rasa manis baru sedap.

6. Masak dan kacau serunding sampai kering, lebih kurang 2 jam. Serunding ini kena selalu kacau supaya tak melekat pada kuali. Sejukkan dan boleh simpan dan bekas yang kering. Boleh buat popia simpul atau makan dengan nasi.

Tip untuk buat popia simpul

Boleh guna kulit popia jenama ini dan potong 10 bahagian. Masukkan serunding ikan yang dah siap dan simpul.

Selamat mencuba.

Sumber: Roslina Shaari Ina Kie

 

IKLAN