Macam masak singgang atau asam siakap kengsom ini memang kena dengan citarasa. Selain sihat penyediaannya pun mudah, lauk dan sayur sekali masak saja. Kalau nak kuah pekat, sedap dihirup kisar sekali nenas. Makan dengan nasi panas, satu lauk ni pun cukup dah!
Cara membuatnya dikongsi oleh Dr Kamarul Ariffin Saadan.Ada step by step, senang untuk yang kali pertama nak cuba masak.
Siakap Kengsom, kuah pekat
Bahan-bahan:
1 ekor siakap
½ biji nanas
6 biji bawang merah ros
3 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
2 inci kunyit
1 inci belacan
2 inci lengkuas
1 batang serai
3 tangkai cili api/padi
1 biji limau nipis.
½ cekak kangkung
3 sudu sos ikan
Langkah demi langkah
1.Sediakan bahan-bahan dulu. Cili boleh tambah ikut citarasa masing-masing.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, cili belacan dan ¼ nanas dengan 2 cawan air. Saya kisar nanas sekali supaya kuahnya lebih pekat. Jika suka kuah yang cair, tak perlu kisar nanas.
3. Masukkan dalam periuk, reneh sehingga bahan-bahan masak terutamanya cili. Kalau kering sangat, tambah air dan sambung reneh. Biasanya saya reneh 10 minit. Sambil reneh saya sediakan bahan lain.
Ads
3. Masukkan serai dan lengkuas. Kalau tak ada lengkuas pun tak apa, cuma masakan jenis reneh macam ni memang bertambah lazat kalau ada lengkuas. Tambah 2 cawan air.
4. Masukkan nenas yang dah dihiris setebal 1 inci. Masakan ni sedap guna nanas yang masam sikit, jangan yang terlalu ranum dan manis. Biasanya, masakan berasaskan ikan, serasi rasa masam.
5. Masukkan ikan siakap yang dibelah 3 bahagian. Boleh tak guna ikan lain? Boleh sahaja. Kengsom ni memang aslinya guna ikan siakap, tapi kalau nak cuba ikan lain, maka silakan.
Ads
6.Sekarang boleh perasakan dengan sos ikan. Hati-hati, jangan banyak sangat, tadi kita dah letak belacan, takut termasin. Jika tak ada sos ikan, ganti sahaja dengan garam.
7. Perah limau nipis. Ada juga orang letak asam keping. Saya lebih suka guna limau nipis sebab ada rasa sitrus yang buat hidang ni rasa lebih segar (fresh).
Ads
8. Masukkan kangkung!
9.Tutup dan matikan api. Biar kangkung layu. Kengsom ni masakan Siam, tapi dia macam adik beradik jugalah dengan ikan masak asam atau masak singgang. Tak jauh beza, kan?
9. Siap! Rasa dia masam, masin, manis dan pedas. Siap ada ikan, sayur dan buah. Lengkap! Bau limau dan nanas tu buat kecur air liur. Kalau makan dengan nasi panas, memang bertambah.
Lepas makan tengah hari, hidang pula bubur pulut sebagai pencuci mulut atau untuk minum petang, memang nikmati.
Sedapnya bubur pulut hitam ini terletak kepada lembut dan kepekatan santannya. Dalam masa yang sama rasa lemak dan manisnya kenalah seimbang. Barulah sedap.
Untuk dapat bubur pulut hitam begini, ada caranya. Boleh gunakan perkongsian Mizah Ngatiman ini. Bubur ini turut dimasukkan kacang merah dan kepala santannya dimasak asing dan diletak sekali tepung beras.
Cara masak bubur pulut hitam yang sedap
Bahan-bahan untuk bubur
1 cawan pulut hitam
5 cawan air
1 cawan acang merah
1 keping nise kerek
1/2 senduk gula pasir
Santan cair secukupnya
Daun pandan
Bahan-bahan kepala santan
Santan pekat secukupnya
2sb tepung beras
1sk garam halus
Daun pandan
Cara membuat
1. Rendam beras pulut hitam lebih kurang 3 jam.
2. Kemudian buang air dan tos. Masuk periuk, tambah air baru. Rebus sampai empuk dan kembang elok.
3. Dah agak empuk dan kembang boleh letak Nise, gula pasir, daun pandan dan santan cair.
4. Kuah dah agak pekat elok, letak kacang merah yang direbus dulu. Biarkan seketika kemudian tutup api.
5. Bagi membuat kepala santan. Masak dulu santan pekat letak daun pandan menggunakan api kecil. Letak garam halus.
6. Pada masa sama bancuh tepung beras dengan sedikit santan.
7. Kemudian masukkan bancuhan dalam santan tadi. Sentiasa kacau sampai pekat dan likat. Bila sudah mendidih atau meletup-letup, tutup api.
Sedia dihidangkan pulut hitam. Satukan bubur dan kepala santan dalam mangkuk untuk dimakan.
Nak buat ayam roasted atau ayam bakar tak perlu guna oven dah sekarang. Guna air fryer saja lagi senang.
Walau ada yang kata ayam bakar dengan air fryer kureng rasanya tapi sebenarnya ada rahsia yang boleh jadikan ayam roasted ini ‘meletup’ rasanya. Caranya dikongsi oleh Wander Asia.
Cara buat ayam roasted yang sedap ‘giler’ guna air fryer saja
Nak dapatkan ayam roasted yang sedap ‘giler’ dan padu ala hotel dan restoran, boleh guna air fryer saja. Resipinya pun sangat mudah. Campak-campak siap.
Bahan-bahan:
– Daging ayam
– Bawang putih (dicincang)
– Serbuk lada hitam
– Sos tiram
– Kicap
– Gula
– 1 sb tepung jagung
Cara penyediaannya:
1. Potong beberapa ketul ayam, pilih bahagian thigh untuk kenikmatan berganda.
2. Masukkan bawang putih, serbuk lada hitam, sos tiram, kicap dan gula.
3. Masukkan tepung jagung. Gaul sekata.
4. Marinate selama setengah jam.
5. Bakar 180C selama 20 minit. Alihkan dan bakar 10 minit lagi.
Bagi ibu bapa yang ada anak sekolah tadika atau sekolah rendah mesti tahu mainan yang tengah trending sekarang.
Beyblade yang pernah kita main dulu kini dah kembali in. Paling tidak anak mesti ada dua atau tiga koleksi Beyblade. Beyblade ni pun ada beberapa jenis ya.
Malah disebabkan tengah trending, ada yang sanggup ambil kuali mak untuk jadi stadium.
Balik sekolah inilah yang dilayan anak dengan kawan-kawan. Tapi bab paling ‘sadis’ bila kena dengar cerita anak kalah lawan Beyblade sebab Beyblade mereka tak hebat.
Lepas tu anak akan mula minta belikan yang baru, Beyblade yang lebih hebat & kuat dan drama ini akan berulang-ulang ya.
Kalau ada ibu bapa yang mengalami situasi ini boleh ikut perkongsian I’am Marwan ini tentang cara pemilihan Beyblade yang hebat. So anak korang takdelah kecewa asyik kalah ya dan bapa pun takdelah habis banyak duit beli Beyblade.
Berdasarkan kes study anak yang selalu kalah
Tips untuk ayah dan mak-mak di luar sana nak cari Beyblade yang hebat (kes study, sebab apa kakak selalu kalah, adik jer selalu menang. Boleh tengok gambar ni ya.
1. Yang ni tak hebat. Naga dia bukan ala-ala Gold 916
2. Yang ni hebat, naga dia ala-ala Gold 916?
3. Yang ni hebat, kaki dia gelap (tidak digalakkan kaki besi, kang berlekuk kuali isteri?)
4. Yang ni tak hebat, kaki dia lite sikit. Cepat kemek so jadi tak laju.
5. Pastikan pemacu, untuk pegang BeyBlade tu cakok dia tebal macam ni.
6. Kalau pemacu yang cakok kecik macam ni Beyblade susah nak melekat (boleh bebai oo) pada pemacu saat nak dilancarkan.
So macam mana, bapa-bapa dan mak-mak, kalau nak beli Beyblade boleh perhati ciri-ciri ni ya. Kalau ada tip lain, korang boleh kongsi kat komen!
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...