Cara Buat Solok Lada, Taklah Susah Mana. Puas Makan Bila Buat Sendiri

Share

Solok lada ini makanan orang Kelantan tapi ramai daripada luar yang suka dengan hidangan ni. Selain makan nasi kerabu boleh jadi lauk atau makan macam tu saja.

Cuma di luar ini tak ramai jual, nak puas makan kena buat sendiri. Caranya ikut langkah yang dikongsi oleh El Musliha Katiman

. Cara buatnya takdelah renyah sangat.

Buat sendiri solok lada

Bahan-bahan

15 biji cili besar
1/3 biji kelapa parut- ditumbuk
2 cawan santan separa pekat
3 ekor ikan-rebus, buang tulang dan tumbuk
4 biji bawang merah- tumbuk
3 biji bawang putih- tumbuk
1 sudu kecil Lada hitam- tumbuk
Sedikit halia- ditumbuk
3 helai gaun pandan
Gula dan garam

Cara-cara membuat 

1. Bersihkan dan belah memanjang cili besar. Tak perlu buang tangkai. Ketepikan.

2. Gaul kelapa parut, ikan rebus, bawang merah, lada hitam dan halia bersama gula dan garam secukup rasa hingga rata.

3. Sumbat kelapa yang sudah digaul ke dalam cili.

4. Lapik periuk dengan daun pandan (boleh guna kacang panjang juga) & susun solok lada yang telah ada inti di atasnya. Tutup dengan daun pandan.

5. Dalam periuk, masukkan santan biar paras separuh dengan solok lada.

6. Masak dengan api perlahan hingga santan kering/solok lada kelihatan dah masak.

Selamat mencuba

Sumber: El Musliha Katiman

IKLAN